• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belanja 5,000 Mangkuk Mi Setelah Jumpa Cincin Berlian

oleh
17/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Seorang usahawan China sanggup beli 5,000 mangkuk mi untuk diderma kepada orang ramai setelah cincin pertunangannya yang hilang ditemui dan dikembalikan pengurus restoran itu.

Menurut media tempatan, lelaki dari Guangzhou yang hanya dikenali sebagai Wang itu mengunjungi Chongqing untuk lamar kekasihnya, tetapi tertinggal beg di luar restoran yang menjual mi selepas menjamu selera di sana,

Secara kebetulan dalam beg tersebut pula ada mengandungi sebutir cincin berlian 3-karat yang bernilai lebih 300,000 yuan (kira-kira RM193,00) untuk tunangnya itu, menurut laporan akhbar Chongqing Morning Post.

Mujur seorang penduduk tempatan yang jujur terlihat beg tersebut dan mengambilnya sebelum menyerahkannya kepada pengurus restoran, yang kemudian segera bertindak memulangkannya semula kepada Wang.

Dalam sepucuk surat yang dikirimkan kepada pihak restoran berkenaan pada Isnin lalu, Wang berkata beliau akhirnya dapat melamar buah hatinya itu, disebabkan budi baik daripada penduduk tempatan sendiri.

“Di Chongqing, terdapat seorang wanita yang saya cintai dan juga ramai orang yang cukup baik hati. Saya berbesar hati dan gembira,” menurut Wang dalam surat tersebut yang dipetik oleh akhbar setempat.

Pada keesokan harinya iaitu 15 Ogos, orang ramai dilihat beratur sepanjang 100 meter di luar restoran berkenaan untuk mendapatkan hidangan mi pedas masam secara percuma, lapor South China Morning Post.

“Saya rasa kisah ini begitu menyentuh hati,” seorang penduduk tempatan memberitahu wartawan. Nilai keseluruhan mangkuk mi tersebut ialah 35,000 yuan (kira-kira RM22.500). – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: berlianChinacincinrestoran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd