• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi 4 Bulan Maut Akibat Tersembam Dalam Buaian

oleh AK-47
03/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUDAH menjadi impian buat semua ibu bapa untuk melihat anaknya meniarap, berjalan dan berlari.

Tetapi, bagi pasangan Melati Mohammad dan Faizul Firdaus, impian itu terpadam buat selama-lamanya apabila anak bongsunya maut selepas tiga hari belajar meniarap.

Kejadian itu berlaku di Bayan Lepas, Pulau Pinang apabila bayi lelaki yang berusia empat bulan itu mengalami kesukaran bernafas kerana mukanya tersembam ke bantal di dalam buaian di rumahnya, lapor Harian Metro.

“Kemungkinan anak saya meniarap dalam buaian kerana dia baru boleh meniarap dalam dua tiga hari lalu.

“Ketika itu, saya rasa dia tersembam ke bantal yang membuatkan dia tidak boleh bernafas. Suami saya tidak sedar kerana anak saya tidak menangis,” tambahnya lagi.

Kejadian disedari ibu kanak-kanak tersebut kira-kira 7.30 pagi tadi apabila mendapati Faris Dayyan Qhumainy, tertiarap dengan mukanya tersembam di bantal di dalam buaian tersebut dan tidak sedarkan diri.

Bayi itu kemudiannya dibawa ke Hospital Balik Pulau namun doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Barat, Superitendan AA Anbalagan mengesahkan kejadian tersebut.

“Mayat anak saya dibedah siasat di sini (Jabatan Forensik HPP) dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Sungai Batu, Teluk Kumbar,” katanya lagi. – MYNEWSHUB / Aisyah Karim

Video sekadar hiasan.

Tags: meninggal dunia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

SEA: Pasukan Hoki Ais Negara Enggan Berputih Mata

Next Post

Video Asyik Bergelek, Fasha Sandha Tak Kisah Dikecam

Related Posts

PM ke-5 Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia

PM ke-5 Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia

14/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, hari ini....

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

10/04/2025
1

JOHOR BAHRU : Seorang bayi lelaki berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di...

Next Post

Video Asyik Bergelek, Fasha Sandha Tak Kisah Dikecam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd