• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantu Kongsi Gelap: Beberapa Individu Lagi Akan Ditahan

oleh AK-47
06/08/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkemungkinan akan menahan beberapa lagi individu bagi membantu siasatan kes enam pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang ditahan pada Ahad dan Isnin lepas kerana dipercayai membantu kumpulan kongsi gelap menyeludup dadah masuk ke negara ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata berdasarkan kepada siasatan ke atas suspek ditahan, ada kemungkinan polis akan menahan individu lain termasuk pegawai JKDM.

“Saya tidak menolak, berkemungkinan ada lagi tangkapan yang akan dibuat. Bagaimanapun biarlah polis siasat dahulu kes ini dan mereka yang terlibat tidak akan terlepas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Sambutan Hari Hijau PDRM 2017 di sini, hari ini yang diadakan secara serentak di seluruh negara dan ia merupakan program julung kali diadakan.

Enam pegawai JKDM yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang ditahan polis selepas dipercayai membantu kumpulan kongsi gelap menyeludup dadah masuk ke negara ini.

Menurut laporan akhbar, pegawai-pegawai terbabit juga dipercayai turut melepaskan bahan mentah memproses dadah dan menerima imbuhan daripada kumpulan berkenaan yang aktif dalam penyeludupan serta pengedaran dadah di negara ini sekurang-kurangnya sejak setahun lepas. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Noor Rashid Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PDRM Kaji Kelemahan Pemohonan eVisa

16/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengumpul maklumat dan membuat analisis berhubung kelemahan dalam sistem eVisa di Jabatan...

Polis Perlu Teliti Laporan UMNO Pindah Wang Kepada PAS

10/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Polis perlu meneliti terlebih dahulu sekiranya terdapat laporan polis mengenai dakwaan UMNO telah memindahkan sejumlah RM2.5 juta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd