• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aznil Naikkan Semangat Sukan Dengan Lagu Sudirman

oleh AK-47
20/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MASIH lagi berkisar tentang majlis perasmian Sukan SEA 29 (KL2017) yang telah diadakan malam tadi. Jika kecantikan lampu-lampu dan juga stadium itu dipuji oleh netizen, tidak kurang juga ramai yang memuji persembahan Pak Nil pada pembukaan majlis tersebut.

Siapa yang tidak kenal dengan Datuk Aznil Hj. Nawawi? Pengacara tersohor tanah air ini telah diberi kepercayaan oleh penganjur untuk membuat persembahan dengan mendendangkan lagu pilihannya daripada Allahyarham Datuk Sudirman Arshad.

Beliau yang mendendangkan lagu Hoore! Hoore! itu yakin yang lagu tersebut mampu menaikkan semangat penonton sama ada yang berada di Stadium Nasional Bukit Jalil mahupun yang berada di rumah.

28 tahun penglibatan #Paknil dlm dunia seni, ini merupakan sejarah pribadi buat Paknil! Terima kasih #TeamDatukAznil #seagames2017 #sukansea2017 #bangkitbersama

A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm) on Aug 19, 2017 at 7:14am PDT

Pak Nil yang merasakan peluang beraksi pada majlis itu sebagai suatu penghormatan kepadanya sekaligus menguatkan semangatnya untuk beraksi dan memberikan yang terbaik.

“Biarpun kemunculan saya hanyalah untuk acara pembukaan atau ‘pemanas badan’ sebelum majlis perasmian, namun saya tidak pandang ringan.

“Kepercayaan diberi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan penganjur termasuk bekas pengurus Sudirman, Dani’el Dharanee Kannan menambah keyakinan saya untuk beraksi dengan lebih baik,” katanya memetik laporan BH Online.

Pengacara program Macam-Macam Aznil ini turut melakar kenangan terindah peribadinya dengan iringan kereta-kereta yang dibawa masuk ke dalam stadium. Dikhabarkan selebriti berumur 54 tahun ini bebas untuk mencorakkan persembahannya pada malam tersebut.

Ini akan menjadi antara kenangan terindah #paknil bergelar anak seni! Terima Kasih YB @khairykj untuk peluang ini!

A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm) on Aug 19, 2017 at 7:05am PDT

“Pada awalnya, saya mahu membawa bas pelancongan, KL Hop-In Hop-Off ke dalam stadium. Namun, disebabkan keadaan stadium yang diubah suai selain tidak mahu merosakkan trek, hasrat itu terpaksa dilupakan,” tambahnya lagi.

Haaa… jangan tak tahu. Pak Nil sekali lagi bakal membuat persembahan pada majlis penutup yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini. Beliau yang bakal bergandingan dengan Atai, anak saudara Sudirman itu akan menyanyikan lagu Balik Kampung dan Jalur Gemilang. Pasti pengalaman ini menjadi kenangan terindah sepanjang 28 tahun pembambitannya dalam industri hiburan tanah air.

Jangan lupa sama-sama kita beri sokongan kepada atlet-atlet tanah air dalam Sukan SEA kali ini dan sama-sama penuhkan Stadium Bukit Jalil pada majlis penutupan nanti! – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Tags: aznil haji nawawiPak NilSukan SEA KL2017
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ini Rupa-Rupanya Rahsia Awet Muda Aznil Nawawi…

21/02/2018
0

MESKIPUN meniti usia 55 tahun, pengacara terkenal tanah air, Datuk Aznil Nawawi atau mesra disapa sebagai Pak Nil masih lagi...

KL2017 Kurangkan 2,703 Tan Karbon Dioksida

08/11/2017
0

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Inisiatif Hijau pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan Sukan Para Asean ke-9 (KL2017) mencapai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd