• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aziz: Pelakon Senior Perlu Beri Contoh Baik

oleh AK-47
16/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAGI isu mengenai artis lama VS artis baharu. Setelah Que Haidar mempertahankan pendiriannya menerusi tweet yang dimuat naik, Aziz M Osman pula bersuara menerusi portal mStar Online.

Sebagai penerbit yang disegani di Malaysia, beliau menyatakan cara teguran yang kasar tidak menguntungkan mana-mana pihak. Ia berkaitan ketidakwajaran pelakon senior yang tegur pelakon baharu dengan tidak berhemah.

Baca: Kenyataan Balas Que Haidar Kepada Aziz M. Osman

“Saya tegur kerana merasakan cara dia salah, dia sepatutnya lebih berhemah dan bukan menyerang mereka dengan bahasa kasar.

“Zaman sudah berubah, sepatutnya sebagai senior beri contoh yang baik dan bagi mereka berasa mesra untuk menuntut ilmu,” katanya dipetik laporan mStar Online.

Beberapa hari lepas, Aziz telah memuat naik satu tweet berbaur sindiran yang dipercayai ditujukan kepada kenyataan yang dikeluarkan Que.

Juga: Aziz M.Osman Bidas Pelakon Lama, ‘Dulu Dia Pun Sama’

Terdahulu, Que ada meluahkan rasa kecewanya apabila pelakon baharu tidak mementingkan mutu lakonan dan menyifatkan lakonan mereka kebanyakannya ‘kayu’.

Lagi: Que Haidar ‘Sound’ Pelakon ‘Kayu’ Join Kelas Lakonan

Menurut Aziz lagi, perubahan zaman membuatkan ilmu telah jatuh di tangga kedua dalam industri.

“Saya tidak kata ilmu itu tidak penting, ia penting kerana semua perlu menuntut ilmu dalam bidang masing-masing tapi zaman sekarang ini ilmu sudah jadi nombor dua.

“Sekarang orang tidak belajar tinggi boleh jadi ahli perniagaan berjaya, boleh capai cita-cita, begitu juga dengan artis. Kalau kita cakap apa pun, mereka sudah kaya dan ramai pengikut sendiri.

“Kita sepatutnya menarik minat mereka untuk menambah ilmu supaya jadi lebih baik bukan cara hentam mereka. Itu lebih membuatkan mereka berasa takut untuk menuntut ilmu,” ujarnya lagi.

Aziz turut berharap agar pelakon senior dapat menunjukkan contoh baik dan bersikap matang dalam menangani perkara sebegini. Dia juga tidak berniat mahu membesarkan perkara itu. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Tags: Aziz M Osmanque haidar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

XX Ray 3 Bakal Ditayangkan Pawagam Bulan Ini

03/01/2019
0

KEMBALI... Sebut sahaja mengenai filem Melayu genre fiksyen sains era dekad 1990-an, pasti dua tajuk akan segera muncul di ingatan...

XX Ray Masih Ada Peminat – Aziz M Osman

10/12/2018
0

PETALING JAYA - Pengarah prolifik, Aziz M Osman yakin jenama XX Ray yang dicetuskannya 27 tahun lalu masih mempunyai kelompok...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd