• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ayah Kandung, Datuk & Bapa Saudara Jahanam

oleh AK-47
27/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DATUK bersama tiga anak lelakinya yang bersekongkol melakukan sumbang mahram terhadap dua cucu perempuannya dijatuhi hukuman penjara 335 tahun oleh Mahkamah Sesyen Kota Samarahan, hari ini atas 13 pertuduhan berasingan antara Jun 2011 sehingga Julai lalu.

Keempat-empat tertuduh yang termasuk bapa dan dua bapa saudara mangsa masing-masing turut dihukum 24 kali sebatan terhadap semua pertuduhan yang mereka lakukan.

Mereka didapati bersalah melakukan sumbang mahram terhadap mangsa yang berusia 19 dan 14 tahun.

Petani berusia 57 tahun yang juga datuk kepada mangsa mengaku bersalah terhadap enam pertuduhan apabila melakukan sumbang mahram dengan anak sulung seorang daripada tertuduh di rumah dekat Serian antara Januari 2013 dan Julai lalu.

Bapa mangsa yang berusia 42 tahun juga mengaku bersalah atas dua tuduhan melakukan kesalah sama terhadap anak sulungnya itu di lokasi sama antara Januari dan Disember 2013.

Seorang bapa saudara mangsa yang berusia 28 tahun pula didapati bersalah terhadap empat pertuduhan, masing-masing dua tuduhan merogol terhadap kedua-dua mangsa di lokasi sama antara Jun dan Disember 2011, serta Januari dan Disember 2012.

Manakala, seorang lagi bapa saudara mangsa yang berusia 26 tahun didapati bersalah terhadap satu kesalahan merogol di lokasi yang sama pada 1 Jun 2011.

Semua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.

Kesemua tertuduh tidak diwakili peguam dan mengaku bersalah atas semua pertuduhan dengan alasan mereka menyesali tindakan mereka itu.

Hakim Marutin Pagan menjatuhkan hukuman kepada tiga tertuduh, iaitu datuk, bapa dan seorang bapa saudara masing-masing 25 tahun penjara bagi setiap kesalahan itu.

Tertuduh yang berusia 28 tahun dijatuhi hukuman penjara 25 tahun bagi dua kesalahannya dan dua kesalahan lagi dikenakan hukuman penjara 30 tahun.

Marutin mengarahkan hukuman penjara bagi semua tertuduh dijalankan serentak sejak tarikh penangkapan mereka. – Harian Metro

Tags: kes rogolPenjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd