• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Annuar Tak Hasrat Sambung Khidmat Pengerusi Mara

oleh AK-47
06/08/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA BERANG – Tan Sri Annuar Musa tidak berhasrat menyambung khidmat sebagai pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) selepas empat tahun menyandang jawatan berkenaan yang bakal tamat pada 11 Ogos ini.

Katanya beliau sendiri telah menyerahkan surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 Ogos lepas memohon pertimbangan untuk tidak dilantik semula ke jawatan itu.

“Saya fikir masih ramai teman saya yang layak belum merasa untuk memegang jawatan berkenaan dan saya cadangkan (Najib selaku) presiden UMNO memberi peluang kepada mereka untuk memegang jawatan tersebut.

“Bagi kepada orang lain untuk menyambung legasi ini dan saya bersyukur sepanjang Mara berada di bawah saya, tidak ada sebarang kontroversi yang berlaku serta keuntungan Mara meningkat…

“Saya turut menpertahankan perkara-perkara tertentu walaupun kadang kala saya tidak disukai oleh orang tertentu,” katanya. Mara merupakan agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Annuar yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Terengganu di sini, semalam.

Annuar yang juga Anggota Parlimen Ketereh dilantik sebagai pengerusi Mara pada 10 Mac 2013 menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh dan khidmatnya itu disambung pada 12 Ogos 2015.

Bagaimanapun, beliau digantung sebagai pengerusi Mara pada 31 Januari lepas susulan isu penajaan UniKL dan dakwaan pelaburan Mara Berhad ke atas pasukan bola sepak Kelantan.

Ketika ditanya sama ada beliau akan menerima jawatan itu jika dilantik semula, Annuar berkata, “Najib perlu meneliti rekod tugas dilakukannya sepanjang menjawat jawatan itu.”

Turut hadir pada persidangan itu ialah Ketua Pemuda UMNO Terengganu merangkap Ketua Pemuda Bahagian Hulu Terengganu, Johari Abu Bakar; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Rozi Mamat, Ketua Wanita UMNO Terengganu merangkap Ketua Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Fatimah Hamat dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Rozita Ismail. – BERNAMA

Tags: MARATan Sri Annuar Musa.
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mara Ambil Putri Qisya Sebagai Anak Angkat

Mara Ambil Putri Qisya Sebagai Anak Angkat

08/07/2025
0

ALOR SETAR - Hasrat ibu yang ingin melihat anak sulungnya menjejakkan kaki ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bakal direalisasikan...

Senarai Hitam Peminjam MARA Yang Gagal Bayar Hanya Sementara

Senarai Hitam Peminjam MARA Yang Gagal Bayar Hanya Sementara

13/11/2024
0

Kuala Lumpur: Tindakan senarai hitam yang terpaksa diambil Majlis Amanah Rakyat (Mara) terhadap peminjam yang gagal membuat bayaran pinjaman di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd