• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Angka Korban Banjir Di Nepal Meningkat 64 Orang

oleh AK-47
14/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KATHMANDU – Angka korban akibat fenomena monsun yang mencetuskan hujan lebat selama tiga hari lepas di Nepal, meningkat kepada 64 orang, menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri semalam.

Sekurang-kurangnya 53 orang lagi dilaporkan hilang di beberapa daerah di kawasan rendah di Terai, lapor agensi berita China Xinhua.

Banjir dan tanah runtuh di Terai turut mengakibatkan ribuan penduduk hilang tempat tinggal dan kemusnahan harta benda, tanaman serta haiwan ternakan.

Daerah lain turut terjejas teruk termasuk Jhapa, Morang, Sunsari, Saptari, Rautahat, Sarlahi, Dang dan Banke.

Sementara itu, semalam kerajaan mengumumkan pakej bantuan bernilai 200,000 rupee (US$1,949) kepada keluarga mangsa yang terkorban.

Selain itu, mesyuarat tergempar yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri, memutuskan untuk menyediakan keperluan harian termasuk makanan, tempat tinggal dan pakaian kepada mangsa terjejas.

Pasukan keselamatan termasuk polis dan tentera dikerahkan bagi membantu operasi menyelamat dan mengagihkan bantuan kepada mangsa.

Infrastruktur kemudahan seperti jambatan dan jalan raya serta perkhidmatan telekomunikasi turut terjejas, menyebabkan usaha menghantar bantuan mengalami kesukaran ditambah dengan keadaan hujan lebat berterusan.

Jabatan Meteorologi meramalkan fenomena monsun terus aktif di rantau tengah dan barat negara itu sehingga Selasa. – BERNAMA

Tags: BanjirNEPAL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd