• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Rohingya Lahir Di Malaysia Tiada Keistimewaan

oleh Ahmad Albab
01/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak memberikan sebarang keistimewaan kepada anak pelarian etnik Rohingya walaupun mereka dilahirkan di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Beliau berkata kumpulan ini terdiri ​​​​​daripada pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) bagaimanapun bebas bergerak di Semenanjung Malaysia, termasuk bebas mengamalkan budaya dan kepercayaan agama, mendapat potongan harga caj di hospital kerajaan sebanyak 50 peratus berbanding warga negara asing yang lain dan mempunyai akses kepada pendidikan swasta.

Namun, katanya, sekiranya pemegang kad UNHCR itu melakukan aktiviti yang melanggar perundangan negara, maka tindakan sewajarnya berdasarkan undang-undang berkaitan akan diambil.

“Kerajaan tidak mengiktiraf status ‘pelarian’ etnik Rohingya ini memandangkan Malaysia bukan negara ahli kepada Konvensyen Mengenai Status Pelarian 1951 dan Protokol Status Pelarian 1967.

Namun demikian, atas dasar kemanusiaan, kerajaan membenarkan pemegang kad UNHCR termasuk etnik Rohingya yang mempunyai kad UNHCR yang sah untuk tinggal sementara sehingga dihantar pulang ke negara asal atau ditempatkan di negara ketiga,” katanya menjawab soalan Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) berhubung pendirian kerajaan mengenai pelarian itu dan keistimewaan sebagai anak pelarian yang lahir di negara ini pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Shahidan berkata mulai 1 Mac tahun ini, kerajaan telah melaksanakan Projek Perintis Kebenaran Bekerja terhadap warga Rohingya yang memiliki kad UNHCR untuk bekerja dalam sektor perkilangan dan perladangan bagi tempoh tiga tahun. – BERNAMA

Tags: RohingyaShahidan Kassim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Penduduk Tempatan Halau Komuniti Rohingya Viral

Video Penduduk Tempatan Halau Komuniti Rohingya Viral

03/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Tular sebuah video di media sosial memaparkan sekumpulan penduduk tempatan menghalau komuniti Rohingya di Kampung Pandan, dipercayai...

Lelaki Rohingya Rogol Gadis 14 Tahun Diarah Ke Sekolah Henry Gurney

Lelaki Rohingya Rogol Gadis 14 Tahun Diarah Ke Sekolah Henry Gurney

03/12/2024
0

SEREMBAN - Seorang lelaki Rohingya bawah umur diperintahkan untuk dihantar ke Sekolah Henry Gurney di Melaka oleh Mahkamah Sesyen di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd