• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

An Najwa ‘Senjata’ Pasukan Bola Jaring Negara

oleh AK-47
21/08/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RASA-RASANYA semua sudah sedia maklum akan kejayaan skuad bola jaring yang telah merangkul pingat emas menentang Singapura dalam perlawanan akhir semalam.

Nama An Najwa Azizan antara yang mencuri perhatian netizen kerana kelincahan dan aksinya yang memukau.

Kelincahan itu turut menyumbang kepada kejayaan skuad negara sekaligus menamatkan kemarau pingat emas sejak 16 tahun lalu. Mana taknya, orang kata, asal bola sampai saja ke tangannya, pasti pasukan Malaysia menambah mata!

Gadis dengan ketinggian 178 sentimeter ini pada mulanya bukanlah aktif dalam sukan bola jaring kerana dia terlebih dahulu terlibat dalam sukan lompat tinggi.

“Saya mula bermain bola jaring ketika usia 13 tahun, selepas memasuki Sekolah Sukan Kuala Lumpur (SSKL) apabila diajak menyertai latihan bola jaring,” katanya dipetik laporan myMetro.

Menurut Najwa, dia berpuas hati dengan kemenangan semalam apabila berjaya menewaskan pasukan Singapura dengan jurang mata yang agak jauh, 65-41 di Stadium Juara Bukit Kiara.

“Saya sangat bangga. Kami memang layak menerima kejayaan ini selepas 18 bulan berlatih, kerja keras tanpa henti,” katanya dipetik laporan mStar Online.

Dengar-dengarnya followers di Instagram miliknya pun sudah naik mendadak dari 4,000 pada minggu lepas ke 53,000 orang kini. Jangan tak tahu Najwa turut mewarisi bakat sukan daripada bapanya, Azizan Azmi yang pernah menjadi pemain ragbi kebangsaan suatu ketika dulu.

Dikhabarkan gadis yang baru berusia 20 tahun ini ‘mahal’ dengan senyuman ketika beraksi di gelanggang. Betullah tu, kalau dah fokus pada permainan mana fikir benda lain lagi.

“Itulah saya, sentiasa serius dalam perlawanan namun, sebenarnya itu cara saya mengatasi debaran,” katanya lagi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua • Pertama sekali, saya nak ucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan doa semua. Without you all, we wouldn’t be at where we are now. Thank you for showering us love and strength to push forward in becoming champions of SEA Games Kuala Lumpur 2017. Tak lupa juga, tulang belakang kami; Ibu bapa, family, friends, ISN, MSN, MNA, coaches, manager and semua yang berada di belakang tabir. You were all a big part of the reason for this massive success • Terima kasih semua. This is for you, Malaysia #tanahtumpahdarahku #roadtogoldmedal #netballmalaysia #bornfuckingready #girlpower #teammatesforlife

A post shared by An Najwa (@anazizan12) on Aug 20, 2017 at 11:41pm PDT

Apa-apa pun skuad bola jaring harus dipuji kerana kalau bukan kerjasama yang ditunjukkan tidak mungkin Malaysia berjaya menamatkan kemarau pingat emas 16 tahun ini. Tahniah dan syabas dari kami! – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Tags: An NajwaSkuad Bola JaringSukan SEA KL2017
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KL2017 Kurangkan 2,703 Tan Karbon Dioksida

08/11/2017
0

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Inisiatif Hijau pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan Sukan Para Asean ke-9 (KL2017) mencapai...

Zainal Kecewa Penganjur Sukan Sea Belum Bayar Gaji

30/10/2017
0

PADA malam Merdeka di Stadium National Bukit Jalil, penyanyi tanah air, Datuk Zainal Abidin adalah antara yang dijemput untuk melakukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd