• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Juara Dunia Pembawa Bendera Kontinjen KL2017

oleh AK-47
07/08/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiga juara dunia diberi penghormatan untuk membawa bendera ketika perarakan masuk kontinjen negara pada acara pembukaan Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) pada 19 Ogos ini.

Atlet terbabit adalah jaguh trek negara Mohd Azizulhasni Awang, ratu terjun Cheong Jun Hoong dan pesilat negara Mohd Al Jufferi Jamari.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin selepas menyampaikan amanat terakhir kepada kontinjen negara malam ini.

“Kita buat sedikit kelainan pada Sukan SEA kali ini yang mana kita ada tiga pembawa bendera. Ketiga-tiga atlet ini adalah juara dunia,” katanya.

Azizulhasni meraih gelaran juara dunia acara keirin di Kejohanan Dunia Berbasikal Trek di Hong Kong pada April tahun ini.

Jun Hoong pula memecah dominasi China di Kejohanan Akuatik Dunia di Budapest selepas menang acara 10m platform wanita bulan lepas.

Sementara Mohd Al Jufferi muncul juara kelas Putra E di Kejohanan Pencak Silat Dunia di Bali, Disember tahun lepas.

Ketika ditemui, Mohd Al Jufferi berkata beliau terkejut dengan pengumuman berkenaan namun berbangga dengan peluang yang telah diberikan kepadanya untuk menjadi antara pembawa bendera.

“Terima kasih kepada YB Khairy untuk peluang ini. Saya terus rasa bersemangat untuk berjuang habis-habisan untuk negara,” katanya yang tidak sabar untuk beraksi di temasya KL2017. – BERNAMA

Tags: Cheong Jun HoongKhairy JamaluddinMohd Al Jufferi Jamari
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memohon agar pemecatan keahliannya dibatalkan dan nombor...

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Khairuddin Takiri menyifatkan gagasan 'Rumah Bangsa' sebagai langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd