• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

28 Individu Ditahan, Pelbagai Jenis Dadah Dirampas

oleh AK-47
18/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis Selangor menahan 28 individu termasuk empat wanita dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM570,000 dalam beberapa serbuan di Petaling Jaya dan Kajang, dekat sini, antara 1 hingga 11 Ogos lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata kesemua suspek yang ditahan termasuk seorang wanita warga Indonesia berumur antara 18 hingga 63 tahun dan mereka disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini.

“Menerusi tangkapan itu, polis merampas sejumlah 134 kilogram ganja, satu kilogram syabu, 595 gram heroin dan 688 gram serbuk ecstasy yang disyaki untuk pasaran tempatan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata dalam siri serbuan itu, rampasan dadah yang terbesar dilakukan adalah pada 11 Ogos, membabitkan 132 kilogram ganja bernilai RM396,000, hasil penahanan seorang lelaki di sebuah rumah dua tingkat di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.

Menurut Mazlan, suspek berumur 35 tahun, telah berkahwin serta tiada rekod kesalahan lampau itu dipercayai aktif mengedar dadah sejak tujuh bulan lepas dan ganja yang disimpannya mampu memenuhi keperluan 13,000 penagih.

Katanya kesemua suspek yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya lebih peka dengan persekitaran dan kejiranan memandangkan sindiket dadah kini menjadikan kawasan kediaman sebagai lokasi aktiviti pengedaran.

Dalam pada itu, Mazlan berkata sejak Januari hingga Julai lepas, sejumlah 11,295 individu telah ditahan kerana terlibat dengan dadah dan 511 daripadanya didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata susulan tangkapan itu, sebanyak 382 kilogram ganja dirampas, selain syabu (131 kilogram); serbuk ecstasy (126 kilogram); ketamin (72 kilogram); heroin (54.5 kilogram); kokain (15 kilogram); Eramin 5 (2.5 kilogram), pil Yaba (615 gram) dan pokok ganja (61 batang).

“Bagi tempoh sama, polis juga memberkas 114 pengedar dadah di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1952 bagi melumpuhkan sindiket berkenaan di negeri ini.

“Wang tunai, kenderaan, hartanah dan rumah bernilai RM12 juta turut disita ekoran penahanan itu mengikut Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988,” katanya. – BERNAMA

Tags: dadahDatuk Mazlan Mansor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd