• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Wanita Pengsan Akibat Terperangkap Dalam Lif

oleh Ahmad Albab
25/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Dua wanita pengsan selepas terperangkap di dalam lif hampir setengah jam dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Jalan Muhibbah, Klang dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Bomba Selangor, Alumaddia Bukri dalam satu kenyataan berkata kejadian kira-kira pukul 6.32 pagi itu turut membabitkan 10 lagi penduduk.

“Kejadian berlaku di tingkat empat pangsapuri itu apabila lif yang dinaiki 12 penduduk pangsapuri tersangkut dan menyebabkan mereka terperangkap hampir setengah jam.

“Susulan itu juga menyebabkan dua daripada mereka pengsan akibat sesak nafas…namun ketika operasi menyelamat selesai seorang daripada mangsa telah pun sedarkan diri,” katanya hari ini.

Alumaddia berkata ketika kejadian, difahamkan kesemua mangsa keluar dari kediaman masing-masing untuk ke tempat kerja.

Tambahnya, kesemua mangsa kemungkinan terperangkap disebabkan melebihi had muatan bagi penggunaan lif tersebut.

“Kita mengambil masa selama 10 minit untuk mengeluarkan kesemua mangsa menggunakan peralatan khas Crowbar yang digunakan untuk mengumpil pintu lif itu…seorang mangsa wanita yang masih pengsan kita telah hantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk rawatan lanjut,” katanya. – BERNAMA

Tags: lifWanita
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sekurang-Kurangnya 19 Maut Kapal Tenggelam Di Brazil

Next Post

Kanak-Kanak Diikat Pada Pokok Oleh Keluarga

Related Posts

Wanita Sedang Bersarapan Maut Dilanggar MPV Terbabas

Wanita Sedang Bersarapan Maut Dilanggar MPV Terbabas

28/04/2025
0

SUNGAI PETANI: Seorang wanita yang sedang bersarapan maut dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas dan merempuh sebuah kedai makan...

Selangor Pertimbang Penjawat Awam Wanita Pulang Awal Ketika Ramadan

Selangor Pertimbang Penjawat Awam Wanita Pulang Awal Ketika Ramadan

27/02/2025
1

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan mempertimbangkan untuk memberi kelonggaran kepada penjawat awam wanita pulang awal ketika Ramadan. Menteri Besar...

Next Post

Kanak-Kanak Diikat Pada Pokok Oleh Keluarga

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd