• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zulin Minta Usah Perbesarkan Isu Dia Tak Bertudung

oleh AK-47
05/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGACARA dan pelakon Zulin Aziz berharap isu video yang memaparkan dia tidak bertudung baru-baru ini tidak dipukul canang lagi oleh masyarakat yang tidak tahu perkara sebenar berlaku.

Menurut Zulin, sepatutnya video terbabit tidak perlu dimuat naik tetapi sebaliknya pula yang berlaku.

“Video itu diambil ketika saya berkunjung ke rumah kakak pelakon Ahya Rosli. Saya sedar video itu diambil tetapi tidak sangka ia dimuat naik di akaun Instagramnya dan dikongsikan kepada umum.

“Sebenarnya saya dengan ahli keluarga Ahya sangat rapat. Kami ibarat keluarga apabila sering bertemu dan bermalam di rumah mereka.

“Saya harap isu ini tidak diperbesar-besarkan kerana video diambil ketika saya ada dalam rumah. Lagipun ketika saya tidak memakai tudung, Ahya tiada di rumah,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Zulin, dia tidak kisah dengan kritikan netizen malah menyifatkan apa yang berlaku itu tidak menjejaskan namanya.

“Saya tidak kisah apa orang ingin katakan kerana mereka tidak tahu proses yang saya lalui ini. Berilah saya ruang untuk berubah secara perlahan-lahan.

“Saya akui mungkin ramai terkejut dengan apa yang berlaku, tapi bukannya saya tidak mengenakan tudung di luar rumah. Penghijrahan ini memerlukan masa dan bukan dilakukan semata-mata mahu mengikut orang,” katanya.

Sejak malam tadi kecoh di media sosial apabila video Zulin tidak memakai tudung di rumah keluarga Ahya tersebar menerusi Internet sehingga dikecam teruk di internet. – MYNEWSHUB.CC

Tags: zulin aziz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 1 Juta Tonton Video Muzik Zulin Aziz Tak Jadi Kahwin

08/11/2018
0

PENGACARA Zulin Aziz berharap peminat serta pendengar mengambil nilai positif yang disampaikan dalam single terbaharunya berjudul Dan Ketika Itu. Menurut...

Tak Mahu Kecewa Lagi, Zulin Rahsia Identiti Kekasih Hati

28/06/2018
0

SERING gagal dalam percintaan membuatkan penyampai radio Zulin Aziz mengakui bahawa dia bukanlah jaguh dalam soal hati malah turut menemui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd