• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ziyad Zolkefli Lakar Satu Lagi Rekod Dunia

oleh Ahmad Albab
16/07/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Atlet para Malaysia, Muhamad Ziyad Zolkefli memecah satu lagi rekod dunia dalam acara lontar peluru lelaki F20 pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London pada Sabtu.

Pada acara yang berlangsung di Stadium London, Queen Elizabeth Olympic Park, Muhammad Ziyad melakukan lontaran 17.29 meter (m), memperbaharui rekod dunia miliknya yang dilakukan pada temasya Sukan Paralimpik di Rio tahun lepas iaitu 16.48m.

Pingat perak diraih oleh atlet dari Ecuador, Stalin David Mosquera dengan jarak 16.61m manakala pemenang pingat emas Paralimpik 2012 Tod Hodgetts dari Australia membawa pulang gangsa dengan lontaran 15.94m.

“Saya datang ke sini untuk membawa pulang sesuatu kepada negara saya. Ini adalah rekod dunia kedua saya dan saya sangat bangga. Saya berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk pencapaian ini. Saya bangun pagi ini (Sabtu) dan berfikir mungkin saya dapat memecahkan rekod dunia.

“Saya selalu impikan untuk melakukannya dan malam ini saya berjaya. Rekod dunia, juara Paralimpik dan kini juara dunia – ia sangat bagus.

“Saya benar-benar tertekan apabila melihat jarak lontaran yang dibuat atlet Australia tetapi saya tahu ia tidak begitu jauh. Saya tahu ia salah. Saya sangat beremosi tetapi jurulatih menenangkan saya. Ini mengganggu saya tetapi sekarang saya sangat gembira memenangi acara ini,” kata Muhamad Ziyad seperti dipetik dalam laman web rasmi Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC). – BERNAMA

Tags: Ziyad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ziyad Cipta Sejarah Kalahkan Atlet Normal

14/06/2017
0

KUALA LUMPUR - Atlet paralimpik negara Muhammad Ziyad Zolkefli mencipta sejarah apabila meraih pingat emas acara lontar peluru pada Kejohanan...

Atlet Paralimpik, Ziyad Zolkefli Bakal Bergelar Bapa

18/05/2017
0

TAHNIAH diucapkan kepada atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkelfi apabila isterinya, Zafirah Nasir telah pun disahkan hamil anak sulung mereka....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd