• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ziyad Tidak Letak Harapan Sukan SEA Ke-29

oleh AK-47
25/07/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Juara dunia lontar peluru Muhammad Ziyad Zolkefli percaya kejayaan boleh dikecapi dengan persediaan rapi namun, beliau tidak mahu meletakkan sasaran terlalu tinggi pada Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017)  pada Ogos ini.

Muhammad Ziyad meraih gelaran juara dunia selepas membuat lontaran sejauh 17.29 meter (m) bagi meraih pingat emas acara lontar peluru lelaki F20 pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London, sekali gus membaharui rekod dunia 16.48m miliknya pada temasya Sukan Paralimpik di Rio tahun lepas.

Atlet paralimpik itu, yang bakal beraksi buat pertama kali bersama-sama atlet normal di KL2017 itu berkata pada kebiasaannya, beliau meletakkan sasaran tinggi pada setiap kejohanan yang disertainya namun tidak bagi Sukan SEA itu.

“Saya hanya mahu lakukan yang terbaik di Sukan SEA, tidak menjanjikan dan meletakkan sebarang sasaran…saya tidak mahu kecewa dan tertekan untuk capai apa yang ditetapkan. Saya mahu menikmati pertandingan itu.

“Di Sukan SEA, saya akan bertanding dengan atlet normal, kami berada pada taraf yang berbeza. Persaingan juga lebih hebat,” katanya pada sidang media sejurus tiba dari London di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Mengulas mengenai kejayaannya di London, Muhammad Ziyad berkata beliau sentiasa mahukan yang terbaik untuk dirinya dan negara di mana beliau mahu mencipta rekod baharu setiap kali menyertai pertandingan terutamanya Kejohanan Dunia.

Beliau berkata kejayaan itu dicapainya hasil bantuan dan sokongan jurulatih, Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) serta Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).

“Tanpa mereka, sukar bagi saya mencapai kejayaan ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Muhammad Ziyad Zolkefli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Siapa Perlu Bertanggungjawab Ziyad Hilang RM1.12 Juta?

02/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan dan dipersalahkan di sebalik insiden pingat emas jaguh lontar peluru para negara, Muhammad...

Rayuan Ditolak, Ziyad Sah Terlepas Pingat Emas

01/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Rayuan terhadap penarikan semula pingat emas yang dimenangi atlet lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd