• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Masih Deejay Radio Tapi Di Raku

oleh Ahmad Albab
22/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGLIBATAN penyanyi Zahid sebagai penyampai radio di Era FM selama empat tahun sebenarnya meninggalkan kesan mendalam terhadap pengikut setianya.

Mana tidaknya kata Zahid, walaupun sudah dua tahun tidak ke udara ramai masih menyangka dia bekerja dengan stesen itu.

Malah jika dia terserempak dengan peminat mereka masih memanggilnya dengan nama Zahid Era.

“Harus saya akui empat tahun berkhidmat dengan Era memang meninggalkan kesan mendalam kepada karier seni saya dan walaupun sudah dua tahun tidak bersama stesen itu ramai masih ingat saya bekerja lagi.

“Tetapi saya tidak kisah pun apabila ada orang panggil saya Zahid Era kerana kerjaya penyampai radio telah mengangkat nama saya ke tahap berbeza dalam bidang seni,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Zahid berkata, bagi mengubati kerinduaannya bekerja sebagai penyampai radio, dia sudah enam bulan ke udara menerusi siaran radio internet aplikasi Raku.

Bagaimanapun kata bekas juara Akademi Fantasia musim kedua ini, dia ada menyimpan hasrat untuk kembali bertugas sebagai penyampai radio di stesen radio utama sekiranya diberi tawaran.

“Ramai tak tahu saya sebenarnya kembali ke radio tetapi menerusi aplikasi Raku dan Alhamdulillah sudah enam bulan saya bertugas.

“Alhamdulillah ia sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduaan peminat dan sambutan juga amat mengalakkan.

“Tetapi saya ada juga simpan hasrat kembali ke radio FM dan apa salahnya jika ada tawaran dan paling penting ‘pengerasnya’ (bayaran) juga menarik… hahaha,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zahid berkata, dia kini sedang giat mempromosikan single terbaharunya yang berjudul Lupakan. – mStar Online

Tags: Deejay radio
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ex BF Dakwa Deejay Radio ‘Kaki’ Syabu

03/07/2017
0

TIDAK mengenang budi dan 'kaki' hisap dadah jenis Syabu. Itu yang didakwa seorang lelaki yang merupakan bekas teman lelaki kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd