• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Gila… Lelaki Dibakar Hidup-Hidup Di Indonesia

oleh AK-47
06/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANUSIA moden mungkin semakin hilang pertimbangan dan tidak lagi menggunakan kewarasan akal dalam membuat sebarang tindakan.

Ada segelintir yang sanggup berbuat apa sahaja asalkan ‘niat’ ingin mencegah kemungkaran tercapai biarpun bertentangan dengan nilai kemanusiaan dan agama.

Itu berlaku di Indonesia apabila seorang lelaki yang disyaki mencuri telah diperlaku kejam oleh penduduk kampung dengan dibakar secara hidup-hidup dalam kejadian di Madura, wilayah Jawa Timur, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 malam Ahad, lelaki yang namanya tidak dinyatakan itu mulanya ditangkap orang ramai setelah dituduh ingin memecah masuk sebuah rumah di kawasan perkampungan berkenaan.

Menerusi rakaman video pertama, lelaki itu difahamkan telah dipukul berulang kali berdasarkan kesan baju dan keadaan tubuh dirinya yang habis berlumuran darah.

Dia kemudian disoal siasat dan diajukan soalan secara bertubi-tubi, namun masih tetap tidak mengakui kesalahannya.

Bagaimanapun dalam sebuah lagi rakaman, lelaki tersebut dilihat menjerit kesakitan akibat dibakar hidup-hidup.

Kedengaran suara lelaki lain di belakang mengatakan, “ngaku, ngaku!”

Netizen tempatan yang melihat rakaman rata-ratanya meluahkan rasa terkilan, sedih dan kecewa sekali dengan insiden kekejaman terbabit.

Ada meminta untuk disiasat segera pelaku di dalam video agar dapat ditangkap kumpulan lelaki berkenaan yang sewenang-wenangnya memberi hukuman kejam kepada pencuri berkenaan.

“Sekalipun dia bersalah kerana curi, serahkan je kepada pihak berkuasa. Bukannya kamu semua berlagak nak jadi ‘tuhan’ sampai pergi bakar dia. Jawab la korang dekat akhirat nanti!” tulis seorang netizen. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bakarIndonesiakejam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Siti Kini Bergelar Pembaca Berita RTM?

Next Post

Remaja Maut Motosikal Terlanggar Lembu

Related Posts

Indonesia Kaya, Rakyat Tak Perlu Risau Naik Turun Pasaran Saham’ – Prabowo

Indonesia Kaya, Rakyat Tak Perlu Risau Naik Turun Pasaran Saham’ – Prabowo

24/04/2025
0

JAKARTA – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan rakyat tidak perlu bimbang dengan turun naik pasaran saham selagi negara masih mampu...

Tupperware Rasmi Tutup Operasi Di Indonesia

Tupperware Rasmi Tutup Operasi Di Indonesia

14/04/2025
0

INDONESIA - Tupperware Indonesia secara rasmi menghentikan operasinya selepas 33 tahun berada dalam kehidupan rumah tangga rakyat negara itu. Menurut...

Next Post

Remaja Maut Motosikal Terlanggar Lembu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd