• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Perlis Sokong Tiada Calon ‘Payung Terjun’ PRU 14

oleh AK-47
14/07/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Pergerakan Wanita UMNO Perlis menyokong penuh saranan Ketua Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim supaya pucuk pimpinan parti tidak meletakkan calon ‘payung terjun’ untuk bertanding di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Ketuanya Rela Ahmad berkata kepimpinan pusat juga tidak perlu mengimport orang luar atau yang tidak aktif dalam parti untuk menjadi calon di Perlis.

“Kenapa perlu ambil mereka (orang luar atau yang tidak aktif) sedangkan terdapat banyak pemimpin lain di peringkat bahagian dan cawangan yang bertungkus-lumus memperjuangkan parti dan diterima oleh masyatakat,” katanya.

Rela mengulas kenyataan Shahidan baru-baru ini bahawa UMNO Perlis ‘mengharamkan’ calon payung terjun untuk bertanding dalam PRU-14 kerana menjadi beban kepada parti selain tidak adil kepada mereka yang bekerja keras melaksanakan pelbagai program parti dan sentiasa turun padang.

“Saya berharap pucuk pimpinan parti mengambil kira pandangan ahli akar umbi agar peluang Barisan Nasional memenangi piliharan bertambah cerah,” katanya.

Katanya Shahidan yang turut memberi peluang kepada lebih ramai calon wanita untuk dipilih menjadi calon adalah positif kerana sayap Wanita banyak menyumbang kepada kejayaan UMNO.

Perlis mempunyai dua anggota dewan undangan negeri wanita iaitu Asmaiza Ahmad (DUN Chuping) dan Rela (DUN Bintong), kedua-duanya daripada UMNO.

Kedua-duanya juga anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. – BERNAMA

Tags: PRU-14UMNO Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRU15: BN Yakin Bentuk Kerajaan, Sokongan Lebih Baik Banding PRU14

PRU15: BN Yakin Bentuk Kerajaan, Sokongan Lebih Baik Banding PRU14

14/11/2022
0

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) yakin dapat membentuk kerajaan serta memperoleh majoriti mudah 112 kerusi pada Pilihan Raya Umum...

PRU-15: Turunkan Bendera PH Kerana Menutup Pagar Hadapan Muzium Negara

PRU-15: Turunkan Bendera PH Kerana Menutup Pagar Hadapan Muzium Negara

11/11/2022
0

Kuala Lumpur : Tindakan individu menurunkan bendera parti Pakatan Harapan (PH) di hadapan Muzium Negara, di sini, kerana pemasangan bendera...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd