• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Umat Islam Perlu Bersatu Elak Diratah Pihak Asing

oleh Ahmad Albab
23/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, Datuk Seri Abdul Hadi Awang  mengajak umat Islam seluruh dunia supaya bersatu bagi mempertahankan Islam daripada direndah-rendahkan pihak luar.

Beliau berkata pada masa ini umat Islam “diratah” di seluruh dunia terutamanya melibatkan penduduk di Palestin dan beberapa negara Asia Barat yang lain.

“Sekarang umat Islam diratah di seluruh dunia… umat Palestin; mereka adalah penduduk Baitulmaqdis, penjaga Baitulmaqdis. Sekiranya umat bersatu cahaya Islam tidak akan terpadam, ” katanya.

Abdul Hadi yang juga Presiden PAS berkata demikian ketika menyampaikan pidato pimpinan Islam sedunia sempena malam kemuncak Ijtima Antarabangsa Perpaduan Ummah Rantau Asia ke-4 yang diadakan selama tiga hari bermula Khamis lepas.

Turut hadir Mursyidul Am PAS Hashim Jasin, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Sementara itu, Tuan Ibrahim ketika membacakan resolusi 20 perkara yang dicapai pada ijtima itu, berkata ijtima antarabangsa itu mengecam sekeras-kerasnya tindakan terkutuk rejim Zionis dengan penutupan Masjidil Aqsa yang bertujuan untuk meroboh dan memusnahkannya.

Resolusi lain, beliau berkata menangani permasalahan dan isu umat Islam yang ditindas di negara-negara minoriti Muslim, mewujudkan permuafakatan antara negara minoriti dengan negara majoriti Muslim agar kekuatan Islam dapat digarap secara berkesan dan dapat menaungi umat Islam yang lemah.

Mempelopori usaha untuk mengharmonikan isu-isu khilafiyah di kalangan masyarakat supaya tidak memberi ruang kepada musuh untuk memecah belahkan kesatuan umat Islam, katanya. – BERNAMA

Tags: Hadi Awangumat Islam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hadi Awang Kemungkinan Besar Dilantik Pengerusi PN – Kamaruddin

Hadi Awang Kemungkinan Besar Dilantik Pengerusi PN – Kamaruddin

01/01/2026
0

KOTA BHARU: BERSATU Kelantan tidak menolak kemungkinan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, akan dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional...

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

15/09/2025
0

ALOR SETAR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menolak kemungkinan beliau akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Perikatan Nasional (PN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd