• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tun M, Anwar, Wan Azizah Terajui Pakatan Harapan

oleh Ahmad Albab
15/07/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAKATAN Harapan mengumumkan struktur kepimpinannya, selepas berbulan-bulan lamanya buntu mengadakan rundingan dan perbincangan antara parti-parti komponen pembangkang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjara di Sungai Buloh kerana kes liwat dinamakan sebagai ketua umum pakatan itu, manakala bekas bosnya, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah pengerusinya.

Sementara itu, isteri Anwar yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi presiden sekali gus menyaksikan blok tersebut memiliki tiga peneraju dalam satu masa!

Mahathir yang merupakan bekas perdana menteri yang memimpin negara selama 22 tahun mengumumkan barisan itu pada sidang media selepas mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan di ibu pejabat PKR, Khamis malam.

Sidang media hanya berlangsung selepas tengah malam, tiga jam lewat daripada waktu yang dijadualkan dan secara tidak langsung menggambarkan ada sesuatu tidak kena.

Anwar secara kebetulan merupakan timbalan perdana menteri di bawah Dr Mahathir, tetapi kemudiannya dipecat secara zalim oleh Mahathir sendiri pada 1998.

Pada masa ini, Anwar merupakan penasihat PKR manakala Mahathir adalah Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Dr Wan Azizah sebagai presiden PKR.

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung DAP belum disahkan RoS, Lim Guan Eng dan Presiden PAN, Mohamad Sabu dinamakan sebagai timbalan presiden bagi pakatan baharu itu.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali; Naib Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ketua DAP Sarawak, Chong Chieng Jien dan Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub dinamakan sebagai naib presiden pakatan.

Datuk Saifuddin Abdullah dinamakan sebagai setiausaha agung manakala M. Kula Segaran menjadi bendahari.

Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, PPBM, Amanah dan DAP turut melancarkan logo baharu pada sidang media berkenaan.

Menurut Dr Mahathir, Pakatan Harapan akan memuktamadkan butiran lain dalam perlembagaannya sebelum menyerahkan pendaftaran dan logo kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dalam tempoh seminggu. – The Star/mStar Online

Tags: pakatan harapanTun Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

19/07/2024
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan saman fitnah Dr Mahathir Mohamad terhadap Ahmad Zahid Hamidi kepada 26 Ogos selepas bekas...

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

22/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Bintang sensasi bola sepak negara, Faisal Halim tidak terduga dan menyangka apabila diziarahi bekas Perdana Menteri, Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd