• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Tapak Baharu Dicalon Tapak Warisan Dunia

oleh Ahmad Albab
09/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LENGGONG – Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah menghantar tiga dokumen ‘Tentative List’ sebelum penghantaran dosir (dokumen berkaitan) lengkap untuk pengiktirafan tiga tapak baharu sebagai tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata dokumen Tentative List itu membabitkan Royal Belum (Gerik), Permatang Kuarza di Gombak, Selangor dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong.

“Pada masa ini, Jabatan Warisan Negara sedang berusaha menyiapkan dosir pencalonan bagi tapak berkenaan dengan kerjasama pelbagai pihak bagi memenuhi kriteria dan kehendak UNESCO,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Ab Ghaafar A Tambi pada majlis perasmian Karnival Lenggong 2017 sempena sambutan ulang tahun ke-5 Pengiktirafan Lembah Lenggong sebagai tapak warisan dunia UNESCO di Dataran Lenggong di sini malam tadi.

Tapak Warisan Lembah Lenggong yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 30 Jun 2012 merupakan bukti kewujudan aktiviti masyarakat prasejarah yang tertua di dunia dan di situ terjumpanya rangka manusia prasejarah iaitu Perak Man.

Menurut Mohamed Nazri, selain itu kementerian juga sentiasa berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan bagi kategori warisan termasuk dokumentari dan manuskrip.

“Kitab ‘Tib Ilmu Bedil’ telah berjaya diperoleh pada tahun 2016 di bawah Memory of the World Asia Pacific (MOWCAP). Ini merupakan pengiktirafan pertama di bawah badan tersebut yang berpusat di Korea Selatan,” katanya.

Mohamed Nazri berkata Jabatan Warisan Negara juga telah menghantar tiga pencalonan untuk warisan kebudayaan tidak ketara bagi pengiktirafan di bawah Convention for the Safeguarding of Intangible Cultural Heritage 2003.

Katanya warisan tersebut ialah Upacara Wangkang di bawah kategori Urgent Need for Safeguarding, Dondang Sayang di bawah Representative List dan Pantun secara Multi-National File bersama Indonesia.

“Pencalonan ketiga-tiga warisan berkenaan telah dihantar pada 31 Mac 2017 dan keputusan sama ada berjaya atau tidak bakal diketahui pada November tahun 2018,” katanya.

Sehubungan itu, Mohamed Nazri berkata semua pihak perlu memainkan peranan untuk bekerjasama dalam memelihara khazanah warisan negara termasuk Lenggong.

Beliau berkata ini boleh dilakukan melalui pelbagai bentuk termasuk memaklumkan kepada Jabatan Warisan Negara sekiranya terdapat sebarang jumpaan yang dipercayai mempunyai kepentingan dari segi sejarah, kebudayaan dan lain-lain.

“Sekiranya terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab cuba merosakkan bahan-bahan Warisan Negara hendaklah melaporkan kepada Jabatan Warisan Negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: UNESCO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Melaka Mohon Semula Bangunkan Kawasan Tambakan Laut Bawah UNESCO

Melaka Mohon Semula Bangunkan Kawasan Tambakan Laut Bawah UNESCO

09/07/2024
0

Kerajaan Melaka akan membuat permohonan semula kepada Jabatan Warisan Negara bagi membangunkan kawasan tambak laut yang digazetkan sebagai Tapak Warisan...

Isu Kampung Baru Cina Warisan UNESCO Perlu Dibincang Di Kabinet, Parlimen

Isu Kampung Baru Cina Warisan UNESCO Perlu Dibincang Di Kabinet, Parlimen

10/02/2024
0

KUALA LUMPUR: Cadangan menjadikan kampung baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd