• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Patuhi RoS, Tidak Boleh Bertanding PRU

oleh Ahmad Albab
11/07/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata DAP tidak boleh meletakkan calonnya untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang jika mereka tidak mematuhi arahan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Ini kerana kata beliau, berdasarkan Akta Pertubuhan 1966,  watikah calon pilihan raya sesebuah parti politik  perlu ditandatangani pegawai atau yang telah diberikan mandat oleh parti.

“Jika barisan kepimpinan parti itu yang mahu menghantar calon merupakan jawatankluasa atau (barisan) kepimpinan yang tidak diiktiraf RoS, maka watikah tidak boleh dikeluarkan mahupun diterima

“Maka akibatnya, calon-calon daripada parti berkenaan tidak boleh bertanding,” kata Ahmad Zahid kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Gombak, di sini hari ini.

Baru-baru ini Ketua Pengarah RoS Datuk Mohammad Razin Abdullah dilaporkan berkata pelantikan 20 anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP serta pemegang jawatan utama hasil pemilihan  semula yang diadakan pada 29 Sept 2013 adalah tidak sah dari segi undang-undang.

Sehubungan itu RoS mengeluarkan arahan agar DAP mengadakan pemilihan semula anggota CEC untuk memilih 20 anggota yang sah, berpandukan Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan Parti DAP.

Pemilihan semula DAP pada September 2013 itu menimbulkan kontroversi selepas ia dikatakan tidak didasarkan kepada senarai nama perwakilan berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC DAP bertarikh 15 Dis 2012, melibatkan 2,576 perwakilan dari 865 cawangan.

Mohammad Razin dilaporkan berkata RoS berpendirian pelantikan anggota CEC dan pemegang jawatan utama melalui pemilihan semula itu tidak sah berdasarkan aduan-aduan yang dibuat anggota DAP sendiri yang tidak berpuas hati dengan kepincangan dalam proses pemilihan semula CEC pada 29 Sept 2013. – BERNAMA

Tags: PRUROS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kejam!.. Tengkorak Remaja Perempuan Pecah Dipukul

Next Post

AS Terkedu Dengan Taktik Baharu Pyongyang

Related Posts

Semua Teratur, Muhyiddin Harap ROS Tiada Halangan Luluskan Pindaan

Semua Teratur, Muhyiddin Harap ROS Tiada Halangan Luluskan Pindaan

11/03/2024
0

PUTRAJAYA : Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap tiada halangan dan rintangan daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk segera...

Tun M Cabar Anwar Buat PRU Buktikan Ada Sokongan Rakyat

Tun M Cabar Anwar Buat PRU Buktikan Ada Sokongan Rakyat

22/01/2024
0

PUTRAJAYA : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengadakan Pilihan Raya...

Next Post

AS Terkedu Dengan Taktik Baharu Pyongyang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd