• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Haram Bela Anjing Sebagai Haiwan Peliharaan

oleh AK-47
06/07/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Biro Agama Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wan Ji Wan Hussin menegaskan konon adalah tidak haram untuk umat Islam membela anjing di rumah sebagai haiwan peliharaan.

Menurut beliau, terdapat fatwa iaitu tidak meletakkan perbuatan memelihara anjing selain untuk tujuan berburu dan penjagaan sebagai haram, sebaliknya sekadar makruh sahaja.

Kata beliau, sebilangan ulama menyatakan larangan itu mencegah malaikat masuk dalam rumah dan sebilangan lain menyatakan bahawa ia boleh mengganggu jiran tetangga.

Manakala, sebilangan yang lain menyatakan bahawa sebilangan anjing itu adalah syaitan dan anjing di dalam rumah akan memungkinkan jilatan anjing itu terkena pada bekas makanan.

“Jika larangan itu menjadi haram, ekoran malaikat tidak masuk rumah, sudah pasti memasukkan televisyen dan gambar juga dikira sebagai haram,.

“Jika dikatakan larangan itu kerana ia boleh menggangu jiran tetangga, sudah pasti larangan itu bukan hukum lizatih iaitu keharaman pada membela anjing, tetapi larangan itu pada faktor lighairih iaitu berfaktorkan kebisingan.

“Dengan maksud, jika tidak membawa kepada bising, atau duduk dalam rumah yang punyai halangan suara dari sampai ke rumah orang lain, maka ia tidak menjadi haram,” katanya lagi dalam satu kenyataan.

Wan Ji turut berkata, jika dikatakan larangan itu konon kerana sebilangan anjing adalah syaitan, maka sudah pasti wujud ada anjing yang tidak syaitan.

“Ini kerana definisi syaitan adalah setiap yang jahat tidak kira ia dari kalangan mana pun,” dalihnya lagi.

Isu berkenaan umat Islam membela anjing timbul apabila eorang pengguna Facebook, Nurhanizah Abdul Rahman memuat naik rakaman dirinya memeluk dan mencium seekor anjing yang dikenali sebagai Bubu di laman sosial.

“Janganlah guna alasan agama untuk membenci makluk ini sebab agama mengajar kita untuk bersihat ihsan (kasih-sayang) dan bukan untuk membenci,” katanya melalui rakaman video berkenaan.

Kenyataannya itu mendapat sokongan padu ramai penyokong Pakatan Harapan dketuai DAP yang mengecam pihak yang menegur perbuatan wanita berkenaan termasuk pihak berkuasa agama negara ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PKRWan Ji Wan Hussin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada...

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

23/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata syor memansuhkan kuasa Presiden PKR membenarkan ahli baharu bertanding pilihan raya dan pemilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd