• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPM: Tiada Lanjutan Tempoh Permohonan E-Kad

oleh Ahmad Albab
02/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak akan melanjutkan tempoh  permohonan kad sementara atau ‘Enforcement Card’ (E-kad) pendatang asing tanpa izin (PATI)  selepas tempoh permohonannya tamat tengah malam tadi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tempoh secukupnya telah diberikan dan majikan serta PATI yang gagal membuat permohonan akan dikenakan tindakan tegas mengikut Akta Imigresen 1959/63.

“Kerajaan tidak menyekat mereka (pekerja asing) mencari rezeki halal di negara ini. Maka, majikan  dan pekerja perlu bertanggungjawab.

“Jabatan Imigresen telah beberapa kali memberi amaran. Kita juga memberi tempoh secukupnya. Kalau ada majikan atau persatuan majikan memohon lanjutan, saya tidak fikir perkara itu boleh dilakukan.

“Tindakan tegas menanti mereka,” kata Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediaman rasmi beliau, Sri Satria, di sini.

Permohonan E-kad bermula 15 Februari lalu dan sehingga 10 malam tadi, hanya 23 peratus atau 161,056 PATI didaftarkan.

Ia melibatkan 28,375  majikan dengan sebanyak 145, 571 E-Kad dikeluarkan, jumlah yang jauh lebih rendah daripada sasaran asal 600,000 PATI.

​​​​​​​Majikan yang didapati melakukan kesalahan menggaji, melindungi PATI dan bersuhabat serta membenarkan PATI tinggal di premis mereka akan turut dikenakan tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Antara tindakan boleh dikenakan kepada majikan termasuk denda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap PATI.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata majoriti PATI yang mendaftar untuk program itu adalah dari Bangladesh, Indonesia, Myanmar dan Nepal. – BERNAMA

Tags: E-KadZahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd