• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kematian Melibatkan Kes Buli Di Sekolah

oleh Ahmad Albab
24/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada kes kematian berlaku akibat perbuatan buli di dalam kawasan sekolah bagi tempoh 2012 hingga sekarang, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon.

Berdasarkan rekod Sistem Pengurusan Isu Disiplin dan Pendidikan, beliau berkata peratusan murid sekolah terlibat dalam salah laku buli bagi tahun 2012 hingga 2016 adalah terkawal.

“Saya juga ingin tegaskan bahawa kes-kes terlibat telah diambil tindakan sewajarnya, sama ada di peringkat sekolah mahupun di mahkamah melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya semasa menjawab soalan Ram Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) pada sesi pertanyaan jawab lisan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Ram Karpal ingin tahu jumlah kes buli yang direkodkan di sekolah dari 2002 hingga sekarang dan sama ada kes tersebut melibatkan kematian atau kecederaan serius.

Chong berkata kementerian sentiasa serius menangani kes buli termasuk buli siber dengan mekanisme pencegahan, penguatkuasaan peraturan sekolah, intervensi kepada mangsa dan kerjasama semua pihak berkepentingan termasuk agensi berkaitan dalam memantapkan perundangan berkaitan kes juvenil di luar sekolah.

Katanya pihak sekolah juga diberi peringatan melalui surat pekeliling dan garis panduan mencegah dan menangani buli, selain Jawatankuasa Disiplin Sekolah berperanan menjalankan siasatan dan mencadangkan langkah intervensi kepada pentadbir sekolah.

Sebagai langkah pengukuhan, Buku Panduan Pengurusan Menangani Buli di Sekolah diulang cetak pada 2014 untuk edaran dan panduan pihak sekolah.

Selain itu, kementerian juga bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan PDRM melalui Program Remaja Berwawasan yang menggunakan khidmat kepakaran pegawai tentera dan polis untuk melatih murid berisiko tinggi.

“Hukuman keras seperti rotan dan buang sekolah merupakan langkah terakhir bagi menjaga ketenteraman sekolah,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes buliSekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

22/01/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sedang melaksanakan siasatan dalaman berhubung kejadian murid cedera ditampar di sebuah sekolah...

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd