• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Thailand Pertahankan Insiden Tembakan Di Yala

oleh Ahmad Albab
03/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PATTANI – Pasukan keselamatan Thailand terpaksa menggunakan kekerasan dalam usaha menahan seorang lelaki yang berakhir dengan kematiannya di Kampung Piye, Raman di Yala semalam.

Penolong jurucakap Pusat Pemerintahan Keselamatan Dalam Negeri (ISOC) Bahagian Ke-4 Kolonel Yuthanam Pechmuang berkata Lukman Matding adalah seorang yang berbahaya kerana memiliki senjata selain mempunyai lima waran tangkap berkaitan kes keselamatan.

“Pihak keselamatan terpaksa mempertahan diri selepas suspek melepaskan tembakan dan melontar bom tangan,” katanya pada sidang media di Kem Sirinthorn di sini.

Beliau berkata pihaknya juga menemui sepucuk pistol 9mm di sisi mayat suspek yang didakwanya anggota Runda Kumpulan Kecil (RKK), kumpulan militan yang aktif di wilayah bergolak selatan negara itu.

Yuthanam tampil mengadakan sidang media itu bagi menjawab kritikan pengguna media sosial yang mendakwa pasukan keselamatan menggunakan kekerasan berlebihan dalam operasi menangkap Lukman semalam.

Dalam kejadian semalam, lebih 100 anggota keselamatan Thailand mengepung rumah persembunyian Lukman sebelum berlaku pertempuran.

Selain Lukman terbunuh dalam pertempuran itu, rumah berkenaan juga mengalami kerosakan teruk.

Yuthanam berkata sepasang suami isteri, yang merupakan pemilik rumah berkenaan, turut ditahan kerana memberi perlindungan kepada Lukman dan berdepan hukuman penjara dua tahun jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: Insiden Tembakan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gajet, Program TV Sebab Hilangnya Semangat Aidilfitri

Next Post

TPM Ziarah Jenazah Bekas Menteri Muda Sarawak

Related Posts

Mangsa Ke-11 Insiden Tembakan Di Los Angeles Meninggal Dunia

Mangsa Ke-11 Insiden Tembakan Di Los Angeles Meninggal Dunia

24/01/2023
0

GLOBAL | Mangsa kesebelas kejadian tembakan di Monterey Park di California, Amerika Syarikat meninggal dunia di sebuah pusat perubatan, lapor...

10 Maut Dalam Insiden Tembakan Di Walmart Virginia

10 Maut Dalam Insiden Tembakan Di Walmart Virginia

23/11/2022
0

VIRGINIA: Satu insiden tembakan berlaku di pasar raya Walmart di Chesapeake, di sini menyaksikan sekurang-kurangnya 10 orang maut dan sejumlah...

Next Post

TPM Ziarah Jenazah Bekas Menteri Muda Sarawak

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd