• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TH Bersedia Sambut Ketibaan Jemaah Musim 1438H

oleh Ahmad Albab
16/07/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Tabung Haji (TH) telah membuat persiapan rapi dan bersedia menyambut ketibaan 30,200 jemaah haji yang akan menunaikan Rukun Islam kelima untuk musim haji 1438H itu di Tanah Suci bermula bulan ini.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata persiapan rapi itu membabitkan semua perkara terutama dari segi penginapan di hotel, makanan serta petugas TH dalam usaha memastikan semua jemaah selesa sepanjang menunaikan ibadah haji.

“Setakat ini, persiapan TH di Tanah Suci semuanya berjalan lancar kerana kami telah membuat persiapan awal sejak beberapa bulan lepas.

“Malah petugas-petugas kita telah mula ke sana sejak 12 Julai lepas dan pada tahun ini 600 petugas TH ditugaskan untuk menjaga kebajikan dan keselamatan jemaah Malaysia di Tanah Suci,” katanya kepada Bernama selepas perasmian Kursus Perdana Haji Musim 1438H/2017M peringkat Pulau Pinang, di sini malam tadi.

Kursus dua hari membabitkan 1,082 jemaah haji di Dewan Milenium, di sini itu dirasmikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.

Sementara itu, Syed Saleh yang juga Pengurus Besar Kanan Haji TH berkata kursus itu bertujuan memberi gambaran awal buat bakal jemaah mengenai keadaan sebenar ibadah itu sebelum mereka ke Tanah Suci.

Katanya kursus perdana yang diadakan di seluruh negara itu adalah latihan terakhir anjuran TH sebagai usaha meningkatkan tahap pengetahuan jemaah berkaitan ibadah haji terutama dari segi praktikal.

“Kehadiran jemaah di kursus perdana di seluruh negara juga sangat baik…ada (jemaah) juga yang tidak hadir tetapi ia jumlah yang kecil serta bersebab dan mereka tidak perlu bimbang kerana petugas TH akan membantu memberikan maklumat dari semasa ke semasa,” katanya.

Penerbangan pertama akan berlepas pada 24 Julai ini sementara penerbangan terakhir dijangka pada 25 Ogos dan semua jemaah haji negara dijadualkan pulang semula ke tanah air pada 7 Sept dan penerbangan terakhir dari Arab Saudi ialah pada 4 Okt. – BERNAMA

Tags: haji 2017Tabung Haji
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MRT Ejen Perubahan Dalam Landskap Pengangkutan

Next Post

Malaysia Kutuk Tindakan Israel Tutup Masjid Al-Aqsa

Related Posts

Iran Sahkan Operasi Janji Benar Sudah Berakhir

Konflik Iran-Israel: TH Teruskan Persiapan Bagi Musim Haji 2024 Seperti Dirancang – Mohd Na’im

14/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah...

Tabung Haji Umum Agihan Keuntungan 3.1 Peratus Bagi 2022

Tabung Haji Umum Agihan Keuntungan 3.1 Peratus Bagi 2022

28/04/2023
0

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan agihan keuntungan 3.1 peratus selepas zakat bagi tahun kewangan 2022. Ikuti Mynewshub: Telegram Menteri...

Next Post

Malaysia Kutuk Tindakan Israel Tutup Masjid Al-Aqsa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd