• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Terima Kasih PM Pendekkan Perjalanan Sg. Buloh-Kajang’

oleh Ahmad Albab
18/07/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelancaran fasa kedua Laluan Transit Aliran Massa (MRT) pada Isnin mendapat perhatian ramai termasuklah Nurul Izzah Anwar.

Naib presiden PKR dan ahli Parlimen Lembah Pantai itu pada petang Isnin telah mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana telah ‘pendekkan perjalanan dari Sungai Buloh ke Kajang’ menerusi satu posting di Twitternya.

Tweet tersebut dilihat menarik apabila beliau turut memasukkan nama bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ibunya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh atas kesalahan liwat selama lima tahun manakala Wan Azizah adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang.

Najib, beberapa hari sebelum majlis pelancaran telah menulis di laman Facebooknya tentang pembukaan MRT yang dipanggilnya sebagai ‘real Kajang Move’ (Langkah Kajang yang sebenar).

Langkah Kajang adalah satu ungkapan merujuk kepada strategi politik pembangkang untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor pada tahun 2014.

Langkah itu dicipta bertujuan menggantikan Khalid dengan Anwar dengan cara Anwar bertanding di DUN Kajang selepas penyandangnya Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi bagi memberikan laluan plihan raya kecil diadakan.

Bagaimanapun rancangan itu tidak menjadi kerana Anwar mempunyai kes mahkamah, menyebabkan Dr. Wan Azizah terpaksa bertanding di DUN tersebut.

Walaupun menang, Wan Azizah tidak berjaya menjadi menteri besar kerana tidak mendapat sokongan PAS. – mStar Online

Tags: MRTNurul Izzah Anwar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ridzuan, Nasharuddin Gagal Raih Sebarang Pingat

Next Post

Berita Gembira Menanti Warga Felda Ahad Ini

Related Posts

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Khabar gembira untuk rakyat Malaysia khususnya warga kota apabila mereka boleh menikmati tambang percuma bagi Transit Aliran...

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Warga kota kini boleh menikmati perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya fasa 2 yang mula dibuka...

Next Post

Berita Gembira Menanti Warga Felda Ahad Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd