• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Stok Vaksin Anti-Rabies Mencukupi – KP Kesihatan

oleh Ahmad Albab
22/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menyangkal laporan Malaymail Online konon stok vaksin anti-rabies di Sarawak tidak mencukupi.

Kata beliau, Kementerian Kesihatan sentiasa memastikan semua negeri menyimpan stok minimum vaksin rabies pada setiap masa sebagai langkah kesiapsiagaan sekiranya diperlukan.

Jelas beliau, jumlah vaksin yang diperoleh Kementerian Kesihatan dari 1 hingga 21 Julai 2017 sebanyak 2,043 vial dan sebanyak 4,517 vial lagi akan diterima pada awal Ogos 2017.

“Ia menjadikan jumlah keseluruhan adalah 6,560 vial. Bekalan stok sebanyak 6,560 ini adalah cukup untuk beri rawatan kepada 1,640 kes gigitan anjing yang perlu divaksin (setiap kes adalah diberi 4 kali suntikan vaksin).

“Berdasarkan anggaran kes gigitan anjing sekarang, Jabatan Kesihatan Sarawak masih mempunyai simpanan stok vaksin rabies yang mencukupi.

“Sekiranya diperlukan vaksin tambahan dalam tempoh segera, vaksin boleh dimobilisasikan dari stok vaksin di negeri-negeri lain di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Noor Hisham meminta masyarakat tidak panik dan menyebarkan maklumat yang tidak benar kerana Kementerian Kesihatnan terus mempertingkatkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan wabak rabies serta memastikan stok vaksin sentiasa mencukupi.

Mengulas perkembangan berkaitan, katanya, tiada pertambahan kes baharu dilaporkan dan status terkini wabak rabies adalah lima kes yang disahkan positif rabies di Serian, Sarawak.

“Empat kes telah meninggal dunia dan satu kes sedang dirawat di wad Hospital Umum Sarawak. Kes ini diberi bantuan pernafasan dan berada dalam keadaan kritikal,” katanya.

Beliau dalam pada itu menerangkan, berdasarkan `Interim Guideline for Prevention and Control of Human Rabies in Malaysia‘, kes gigitan anjing kategori dua dan tidak perlu diperiksa dan dibuat penilaian oleh pakar perubatan bagi menentukan sama ada kes gigitan anjing itu mempunyai indikasi untuk divaksinasi atau sebaliknya.

Menurut beliau, sejak 1 April 2017, terdapat 624 kes gigitan yang telah dikesan dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 401 kes mempunyai indikasi untuk diberi vaksinasi di mana 395 daripadanya tela diberi suntikan vaksinasi manakala enam lagi kes akan datang untuk mendapatkan suntikan vaksin dalam masa terdekat.

Selain itu, katanya, terdapat 115 kes yang sememangnya tidak memenuhi kriteria indikasi untuk diberi vaksinasi, manakala baki 108 kes pula telah dikesan pada hari semalam dan sedang diselaraskan bagi pemeriksaan dan penilaian oleh pakar sebelum boleh diberi vaksinasi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Kes RabiesVaksin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

China Dan WTO: Kebangkitan Satu Hegemoni Ekonomi

Next Post

Tohmahan Konon Jual Malaysia Kepada China?

Related Posts

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

19/09/2024
0

PUCHONG: Pharmaniaga Bhd melabur sebanyak RM300 juta bagi membangunkan kilang pengeluaran insulin, biosimilar dan vaksin pertama buatan tempatan. IKUTI CHANNEL...

Silap Vaksin, Pekerja Bank Saman Kerajaan RM20 Juta

Silap Vaksin, Pekerja Bank Saman Kerajaan RM20 Juta

12/10/2022
0

KOTA BHARU - Seorang pekerja bank menfailkan saman berjumlah RM20 juta terhadap kerajaan di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu...

Next Post

Tohmahan Konon Jual Malaysia Kepada China?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd