• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Status’ Gudang Kereta Diserbu PPIM Terbongkar

oleh
13/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUSULAN kontroversi serbuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) terhadap sebuah gudang simpanan kereta di Kajang, Selangor baru-baru ini sekali lagi membongkar ‘status’ gudang itu.

Seorang individu telah menghantar ‘direct message’ kepada Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi setelah membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis Kajang berikutan isu pencerobohan gudang tersebut.

Berdasarkan screenshot tersebut, individu itu menyatakan bahawa tanah gudang penyimpanan kereta milik syarikat AGR Auto Trade Sdn. Bhd. itu sebenarnya adalah hak milik persendirian.

Individu berkenaan mengaku bahawa tanah tersebut selama ini adalah hak miliknya malah mendakwa syarikat AGR Auto yang telah menceroboh tanah terbabit.

“Sebenarnya AGR company yang telah ceroboh di tanah saya & saya telah lantik lawyer & sekarang dalam proses menunggu tarikh untuk dibicara ke mahkamah,” kenyataannya dalam message tersebut.

Berikut adalah screenshot individu tersebut:

Selain daripada membela haknya sendiri, individu tersebut turut menyatakan bahawa dia telah melantik peguam berikutan kes pencerobohan haram berkenaan.

Kini, dia mendakwa sedang menunggu tarikh perbicaraan mahkamah. Individu itu turut menyatakan bahawa dia sendiri akan ‘turun padang’ ke Balai Polis Kajang untuk membuat laporan terhadap syarikat terbabit.

AGR Auto Trading Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh seorang ahli perniagaan bergelar ‘Raja’ dan seorang individu yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Datuk Seri Kabi’.

Syarikat tersebut dipercayai telah menipu lebih daripada 500 mangsa berhubung isu penarikan kereta yang diletakkan dalam gudang tersebut.

Baca: Polis Buka Kertas Siasatan Isu Gudang Simpan Kereta

Menurut sumber Youtube milik Wadi Anjat menyatakan susulan kes tersebut, pihak AGR Auto tidak memberi sebarang kerjasama yang baik sehingga menyebabkan berlakunya perbalahan.

Pihak PPIM pula ketika ini masih giat berusaha untuk membela nasib ramai lagi pengguna yang dianiaya syarikat tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Amy Maizura

Tags: keretaPPIM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak 3 Tahun Nyaris Maut, Tercampak Keluar Kereta Dipandu Bapa

Kanak-Kanak 3 Tahun Nyaris Maut, Tercampak Keluar Kereta Dipandu Bapa

07/04/2025
0

LIPIS : Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dipercayai tercampak dan tercicir dari kereta yang dipandu bapanya di KM 7, Jalan...

Langgar Bahu Punca Pergaduhan Pekerja Kilang

Dua Ditemui Mati Dalam Kereta Di Parkir Stesen Minyak

27/02/2024
0

KUANTAN: Seorang lelaki dan wanita ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta berkunci di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd