• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Masih Siasat Kes Ah Long Rasuah Polis

oleh AK-47
13/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menolak dakwaan pihaknya menutup siasatan terhadap kes cubaan dua ‘ah long’ merasuah dua anggota polis berpangkat koperal.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Mohd Fauzi Mohamad berkata siasatan terhadap kedua-dua ah long yang berumur 26 dan 25 tahun itu masih berjalan walaupun telah dibebaskan atas jaminan.

“Kita (SPRM) masih menjalankan siasatan terhadap kedua-dua ah long, begitu juga dengan kedua-dua anggota polis berusia 34 dan 37 tahun itu.

“Butir-butir kes masih belum lengkap, jadi ia masih dalam siasatan. SPRM akan menjalankan siasatan sekiranya menerima maklumat dan kita tidak akan melindungi sesiapa sama ada penjawat awam atau orang awam,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka SPRM Kedah di sini, hari ini.

Pada 4 Julai lalu, kedua-dua anggota polis itu ditahan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana meminta rasuah berjumlah RM10,000 daripada kedua-dua ah long yang ditahan di Aman Jaya Mall, Sungai Petani pada 11 April kerana disyaki melakukan kegiatan pinjaman wang haram.

Ah long berkenaan kemudiannya menawarkan suapan berjumlah RM1,290 kepada kedua-dua anggota polis itu agar mereka dilepaskan tetapi ditolak dan suspek ditahan sebelum diserahkan ke pejabat SPRM di Sungai Petani, bersama-sama dengan wang tunai sebagai bukti.

Namun, seorang daripada ah long berkenaan telah membuat laporan polis dengan mendakwa bahawa anggota polis tersebut meminta RM10,000 daripada mereka.

Sementara itu, Mohd Fauzi berkata sejak Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) dilancarkan dua bulan lalu, impaknya masih belum dapat diketahui kerana ia masih baharu.

“Sepanjang GERAH dilancarkan, 34 tangkapan melibatkan penjawat awam dan orang awam telah dibuat,” katanya.

Pada 8 Mei lalu, SPRM telah melancarkan GERAH di seluruh negara sebagai pemangkin dan tunjang perjuangan SPRM bersama rakyat memerangi jenayah rasuah dan salah guna kuasa. – BERNAMA

Tags: Datuk Mohd Fauzi MohamadKes Ah Longrasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

Bekas Setiausaha Politik Lapor SPRM, Artikel Penghargaan Kepada Dr Zaliha Disalah Tafsir

Bekas Setiausaha Politik Lapor SPRM, Artikel Penghargaan Kepada Dr Zaliha Disalah Tafsir

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd