• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siapa Kuasa Eksekutif Dalam Pakatan Pembangkang?

oleh AK-47
16/07/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Siapa yang mempunyai kuasa eksekutif dalam pakatan pembangkang?

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata pengumuman senarai kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan semalam menimbulkan tanda tanya berhubung tiga jawatan tertinggi pakatan itu.

“Ini kerana antara tiga jawatan tertingginya – ketua umum, pengerusi dan presiden, tidak dinyatakan siapakah yang mempunyai kuasa eksekutif dan kata putus terakhir dalam pembuatan keputusan,” katanya dalam catatan di blognya, hari ini.

Semalam, Pakatan Harapan mengumumkan struktur kepimpinan baharu yang diterajui Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku pengerusi, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-ketua umum), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR-presiden).

Pakatan itu turut menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin (PPBM), Lim Guan Eng (DAP) dan Mohamad Sabu (Amanah) sebagai timbalan presiden.

Salleh turut mempersoalkan mengapa DAP tidak memegang salah satu jawatan tertinggi, sedangkan parti itu mempunyai bilangan anggota Parlimen terbanyak dalam pakatan itu.

“Apakah DAP dipinggirkan atau ini sengajakan supaya pakatan ini dilihat sebagai didominasi oleh orang Melayu?” katanya.

Biar apapun strategi pakatan pembangkang, beliau berkata kemunculan pakatan pembangkang tidak sama dengan Barisan Nasional (BN) yang telah teruji menerusi kerjasama parti komponen pelbagai kaum dan sikap tolak ansur pemimpinnya tanpa mengabaikan prinsip-prinsip parti.

Salleh berkata sebaik sahaja mengumumkan barisan baharu kepimpinannya, pakatan pembangkang telahpun memberikan janji politik yang hendak dilakukan dalam tempoh 100 hari setelah berkuasa.

Tegasnya, adalah lebih baik bagi pakatan pembangkang menamakan dahulu perdana menteri pilihan mereka berbanding membuat janji.

“Pelik rasanya apabila ditanya hal ini oleh pemberita, pengerusinya menjawab: “Kita isytiharkan perdana menteri kelapan dahulu. Perdana menteri ketujuh kita tentukan kemudian.

“Dengan barisan kepimpinan pakatan pembangkang yang sebegini, bolehkah kita memberi kepercayaan kepada mereka untuk menerajui negara? Tentunya tidak kerana masa depan negara bukanlah untuk diperjudikan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said KeruakPakatan Pembangkang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Salleh Galas Tugas Pengerusi UMNO Sabah

05/06/2018
0

KOTA KINABALU - Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dilantik menjalankan tugas Pengerusi Perhubungan UMNO...

Pembangkang Sebar Berita Palsu Sebab Tahu Akan Kalah

09/05/2018
0

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas pembangkang yang menyebarkan berita palsu untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd