• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seniman, JPJ Keluarkan Nombor Plat US 1 – US 1000

oleh AK-47
16/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERSATUAN Seniman dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bekerjasama mengeluarkan nombor plat khas bermula huruf US yang membawa maksud Untuk Seniman bagi mencari dana badan itu.

Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata tawaran tender bidaan nombor pendaftaran kenderaan unik itu bermula dari US 1 sehingga US 1000 bakal dibuka kepada orang ramai bermula pada Sabtu ini sehingga 20 Ogos depan.

“Ini merupakan satu tanggungjawab sosial yang diberikan oleh pihak JPJ kepada kami untuk melaksanakan program kebajikan terhadap artis-artis tanah air sendiri. 

“Bidaan dibuka kepada semua orang awam dan 100 peratus daripada hasil plat khas tersebut akan disalurkan kepada tabung Seniman,” kata beliau.

Zed Zaidi berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pengumuman bidaan nombor pendaftaran khas kenderaan US di Menara Suezcap, KL Getaway pada Jumaat.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Datuk Fauzi Ayob. Harga buka bidaan plat tersebut ditawarkan bermula dari RM3,000 hingga RM5,000.

Peminat nombor pendaftaran khas boleh mengambil borang bidaan tender di pejabat Sekretariat Plat US atau memuat turun borang itu menerusi laman www.platus.my.

Selepas tender ditutup pada 20 Ogos depan, pembida yang berjaya boleh mendaftarkan nombor tersebut seawal 1 Oktober atau selepas mendapatkan kelulusan pewartaan daripada pihak JPJ. – MStar Online

Tags: nombor platSeniman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jalan Sekitar Ipoh Ditutup Sementara 23 Julai Ini

Next Post

Azeri Asia TV Bukan Sebahagian Daripada AirAsia

Related Posts

Suami Isteri Kejar Kereta Penembak Demi Nombor Plat

Suami Isteri Kejar Kereta Penembak Demi Nombor Plat

11/02/2025
0

KLUANG: Pasangan suami isteri nekad mengejar sebuah kereta dinaiki tiga suspek sejauh dua kilometer selepas penjenayah itu cuba membunuh mereka...

Pamer Nombor Plat Lain Pada Kereta McLaren, JPJ Siasat Suami Pelakon

Pamer Nombor Plat Lain Pada Kereta McLaren, JPJ Siasat Suami Pelakon

20/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Tindakan meletakkan nombor pendaftaran kenderaan lain pada kenderaan sendiri tetap menjadi kesalahan dan boleh dikenakan saman walaupun ia...

Next Post

Azeri Asia TV Bukan Sebahagian Daripada AirAsia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd