• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Dijangka Diniagakan Tinggi Minggu Depan

oleh Ahmad Albab
30/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit dijangka diniagakan tinggi minggu depan disebabkan antara lainnya pemulihan harga komoditi, kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat yang tidak berubah dan ditambah dengan perkembangan positif dalam negeri.

Naib Presiden/Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata ekonomi global yang bertambah baik telah merangsang momentum dalam negara, menarik lebih ramai pembeli asing bagi saham tempatan dan ringgit.

“Ekonomi Malaysia pada separuh pertama berkembang pada tahap membanggakan dan dijangkakan berterusan sehingga ke separuh kedua tahun ini.

“Berikutan ini, kami yakin menjelang akhir tahun, unit tempatan akan diniagakan pada paras 3.95 daripada 4.27 ketika ini,” katanya kepada Bernama.

Nazri memetik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata (di persidangan Invest Malaysia 2017) bahawa eksport Malaysia telah melepasi paras RM80 bilion buat pertama kalinya dan pasaran modal meningkat sebanyak sembilan peratus ke tahap RM3.1 trilion dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

“Malahan, dalam pasaran ekuiti aliran masuk bersih berjumlah RM11 bilion pada separuh pertama 2017, berbanding RM3 bilion aliran keluar bersih sepanjang 2016,” Najib dipetik sebagai berkata.

Perdana Menteri juga berkata Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menyemak semula unjuan bagi ekonomi Malaysia dengan menaikkannya kepada 4.8 peratus daripada 4.5 peratus tahun ini.

“Ringgit Malaysia meningkat sebanyak lima peratus dan merupakan antara mata wang yang mencatatkan prestasi terbaik di dunia daripada paras paling lemah,” kata Nazri.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, ringgit diniagakan tinggi pada 4.2760/2790 berbanding dolar AS daripada 4.2820/2850 minggu sebelumnya.

Bagaimanapun, unit tempatan itu diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain, kecuali dolar AS.

Ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 3.1471/1514 daripada 3.1375/1410 pada Jumaat minggu sebelumnya dan susut berbanding yen kepada 3.8377/8418 daripada 3.8362/8406.

Unit tempatan itu jatuh berbanding pound British kepada 5.6187/6239 daripada 5.5692/5744 dan berkurangan berbanding euro kepada 5.0106/0154 daripada 4.9868/9916. – BERNAMA

Tags: ringgit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Dijangka Meningkat Kepada 3.94 Berbanding Dolar AS Menjelang Akhir 2026 – AmBank

Ringgit Dijangka Meningkat Kepada 3.94 Berbanding Dolar AS Menjelang Akhir 2026 – AmBank

23/01/2026
0

Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil pada separuh pertama 2026 sebelum hampiri paras 3.94 berbanding dolar AS pada separuh kedua...

Ringgit Mengukuh Bukti Dasar Kerajaan Berhasil – Rafizi

Ringgit Mengukuh Bukti Dasar Kerajaan Berhasil – Rafizi

06/08/2024
0

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menegaskan prestasi mata wang negara yang mengukuh membuktikan hala tuju dan dasar kerajaan sedang berhasil. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd