• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rebat Tarif Elektrik Kekal Hujung Tahun

oleh Ahmad Albab
02/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kerajaan bersetuju mengekalkan rebat tarif elektrik sebanyak 1.52 sen/kWJ di Semenanjung dan 1.20 sen/kWJ di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember, tahun ini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili ketika ditemui pemberita di sini berkata, dengan pengekalan rebat tarif elektrik itu kerajaan membelanjakan subsidi sebanyak RM1.303 bilion.

Ia digunakan untuk menampung peningkatan kos bahan api dan penjanaan bekalan elektrik kepada Semenanjung bagi tempoh Julai hingga Disember tahun ini.

“Manakala bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, kerajaan telah membelanjakan subsidi khas sebanyak RM468 juta untuk menampung peningkatan kos bahan api dan penjanaan bekalan elektrik sepanjang 2017,” katanya.

Beliau berkata rebat tarif bagi Sabah dan Labuan ditampung melalui pemberian subsidi bahan api Medium Fuel Oil (MFO) dan diesel serta subsidi sokongan tarif elektrik oleh kerajaan persekutuan.

“Manakala peruntukan sebanyak RM1.303 bilion untuk Semenanjung itu menggunakan Dana Hasil Rundingan Semula Perjanjian Pembelian Tenaga dengan Penjana Kuasa Bebas Generasi pertama (Dana Perjanjian PPA),” katanya.

Beliau berkata rebat tarif elektrik akan diberikan kepada semua kategori pengguna Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Semenanjung serta Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) di Sabah dan Labuan.

Ongkili berkata kerajaan juga telah bersetuju mengekalkan kadar purata tarif elektrik asas di Semenanjung pada 38.53 sen/kWJ dan 34.52 sen/kWJ bagi Sabah dan Labuan.

Katanya semakan kos pembekalan elektrik oleh Suruhanjaya Tenaga di bawah dasar Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT) bagi Januari hingga Jun tahun ini telah menunjukkan peningkatan sebanyak 1.02 sen/kWJ.

“Peningkatan kos pembekalan elektrik berlaku disebabkanoleh kenaikan harga gas sebanyak RM1.50/MMBtu (satu juta Unit Termal British) daripada RM21.20/MMBtu dan kenaikan harga arang batu di pasaran dunia serta kesan kadar tukaran wang asing kepada ringgit.

“Kenaikan 1.02 sen/kWJ memerlukan surcaj kepada pengguna, namun kerajaan telah memutuskan supaya kenaikan kos pembekalan elektrik itu tidak ditanggung oleh pengguna,” tambahnya.

Ongkili berkata secara keseluruhannya pelarasan tarif elektrik di bawah dasar kos bahan api dan penjanaan tidak seimbang telah membolehkan pengguna elektrik menikmati rebat sebanyak RM5.403 bilion di Semenanjung untuk tempoh Mac 2015 hingga Disember 2017. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Maximus Ongkilitarif elektrik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

23.6 Juta Pengguna Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai

23.6 Juta Pengguna Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai

20/06/2025
0

PUTRAJAYA: Lebih 23.6 juta pengguna domestik di Semenanjung bakal menikmati kadar tarif elektrik yang lebih adil dan progresif menerusi pelaksanaan...

Mesyuarat Khas Parlimen: Ahli Parlimen Gesa Kerajaan Tangguh Kenaikan RON95, Tarif Elektrik

Mesyuarat Khas Parlimen: Ahli Parlimen Gesa Kerajaan Tangguh Kenaikan RON95, Tarif Elektrik

05/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen menggesa kerajaan menangguhkan pelaksanaan sebarang cadangan untuk kenaikan RON95 dan kenaikan kadar tarif elektrik tahun ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd