• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ratu Bollywood Kajol Gegarkan KL Promosi Filem

oleh
28/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENANGAN Dilwale masih lagi terasa pada peminat filem Bollywood di seluruh dunia termasuk juga di Malaysia.

Ratu Bollywood, Kajol, 43, bakal menemui peminatnya di Jakel Mall, Jalan Masjid India pada jam enam petang hari ini bagi mempromosikan filem terbaru lakonannya, Velaiilla Pattadhari 2 atau VIP2 yang bakal ditayangkan Ogos ini.

Heroin filem pecah panggung itu akan turut diiringi oleh pengarah dan hero filem tersebut iaitu Dhanush dan Sondarya, anak kepada pelakon popular, Rajinikanth.

Kali pertama Kajol datang ke Malaysia ialah bersempena dengan pelancaran saluran baru di Astro iaitu Astro Box Office (ABO) dan BollyOne HD (saluran 251) pada tahun 2014 lalu. Dengan adanya saluran baru itu telah membuatkan ramai peminat drama dan filem Bollywood teruja. Bukan hanya peminat sahaja yang teruja, tetapi selebriti tanah air juga turut merasai keterujaan itu!

Bagi Pengarah Urusan Malik Streams Corporation, Datuk Abdul Malik Dasthigeer mengatakan bahawa beliau telah mendapat hak mengedar filem itu di Malaysia dan antara faktor utamanya juga kerana beliau meminati Kajol yang turut bersama dalam filem tersebut.

“VIP2 merupakan sekuel daripada filem pertama yang disiarkan pada 2014.  Filem tersebut mendapat sambutan hangat dan saya yakin VIP2 akan diterima di sini.

“Saya tahu orang Malaysia suka Kajol dan pasti nak menonton lakonannya lagi selepas Dilwale. Lagipun filem ini diarah oleh anak Rajinikanth yang merupakan kenalan saya,” katanya memetik laporan sebuah akhbar.

Jadi, jangan lupa serbu ke pentas utama di hadapan Jakel Mall, Jalan Masjid India. Mungkin impak filem VIP2 ini setanding dengan Dilwale dan Kuch Kuch Hota Hai lakonan Kajol dan Shah Rukh Khan.- MYNEWSHUB.CC /Ainaa Hafizah

Tags: dilwalejakel mallKajolvip2
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kajol Minat Berlakon Filem Malaysia Jika Skrip Menarik

30/07/2017
0

KUALA LUMPUR – Ratu Bollywood, Kajol Ajay Devgan tidak menolak tawaran untuk berlakon dalam filem tempatan jika skripnya baik dan...

Gadis Dari Sabah Digelar Kembar Kajol

18/06/2017
0

JIKA sebelum ini, seorang gadis dari Sabah dikenali Phanthegerow Louiselle digelar kembar artis Hollywood, Selena Gomez, kali ini seorang lagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd