• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasuah RM30,000: Jurutera Direman 3 Hari

oleh Ahmad Albab
20/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Mahkamah Majistret Langkawi memerintahkan seorang jurutera sebuah syarikat perunding di sini ditahan reman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes meminta dan menerima rasuah berjumlah RM30,000.

Majistret Nurshahida Abdul Rahim mengeluarkan perintah berkenaan terhadap jurutera berusia 36 tahun itu yang ditahan di pejabat cawangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada kira-kira 5.30 petang semalam.

Menurut fakta kes yang dikemukakan pegawai penyiasat SPRM Nor Azwa Abdullah, jurutera itu ditahan ekoran satu aduan oleh seorang subkontraktor syarikat perunding berkenaan.

Dalam aduan itu, suspek dikatakan meminta wang tunai RM30,000 sebagai dorongan untuk memberikan kelulusan kemajuan kerja bulanan bagi membolehkan pengadu membuat tuntutan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB). – BERNAMA

Tags: Kes Rasuahreman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd