• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramasamy Perlu Mohon Maaf Cetus Rasis – NGO

oleh Ahmad Albab
02/07/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menggesa Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy memohon maaf kerana mencetuskan kontroversi berhubung isu penamatan kontrak pengendali gerai makanan G. Gopi Krishnan di Politeknik Seberang Perai (PSP).

NGO berkenaan ialah Pertubuhan Seni Silat Gayung Malaysia (PSSGM) Pulau Pinang dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang.

Yang Dipertua PSSGM Pulau Pinang, Mohd Mamsin Anor Kassim mendakwa Ramasamy cuba mengapi-apikan isu berkenaan kerana mencetuskan sentimen perkauman.

“Kenyataan Ramasamy yang dibuat pada sidang media 29 Jun lepas amat tidak bertanggungjawab. Kenyataan sebegitu tidak sepatutnya keluar daripada seorang yang mempunyai intelektual yang tinggi.

“Sepatutnya beliau berterima kasih kepada politeknik kerana membantu masyarakat India,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Isu kontrak Gopi Krishnan yang kononnya ditamatkan oleh politeknik itu kerana beliau bukan Islam menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Gopi Krishnan, 45, mengadakan sidang media bersama Ramasamy pada 29 Jun lepas, bagi meluahkan rasa tidak puas hatinya selepas kontrak beliau tidak diperbaharui oleh PSP.

Jabatan Pendidikan Politeknik dalam kenyataan semalam, menyatakan permohonan peniaga itu ditolak selepas ia didapati tidak memenuhi syarat dan kriteria yang termaktub dalam spesifikasi sebut harga iaitu tidak mempunyai Kod Bidang 040103 Makanan Bermasak Islam.

Mohd Mamsin berkata selain Ramasamy, Gopi Krishnan juga harus memohon maaf kepada pihak yang berkenaan.

Sementara itu, Yang Dipertua Perkasa negeri, Mohd Nasir Othman berkata ini bukan kali pertama Ramasamy mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan sentimen perkauman.

“Sebelum ini Ramasamy turut mencetuskan kontroversi berhubung isu 13 Mei 1963. Jadi ini bukan yang pertama. Ramasamy mengeluarkan kenyataan ini tanpa mengambil kira sensitiviti orang Islam dan orang Melayu,” katanya.

Beliau berkata Ramasamy perlu melihat isu itu secara objektif dengan merujuk dan berjumpa pihak pengurusan PSP untuk menyelesaikan perkara tersebut dan bukan mempolitikkannya.

Justeru, Mohd Nasir berkata Perkasa Pulau Pinang akan membuat laporan mengenai kenyataan Ramasamy terhadap PSP di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah pada petang ini. – BERNAMA

Tags: DAPP. Ramasamy
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Sabah: Guna Logo Sendiri, DAP Belum Buat Keputusan

PRN Sabah: Guna Logo Sendiri, DAP Belum Buat Keputusan

27/10/2025
0

KOTA KINABALU: DAP Sabah masih belum memuktamadkan lagi sama ada parti itu akan menggunakan logo sendiri atau sebaliknya untuk bertanding...

‘Saya Malas Layan MCA’ – Anthony Loke

‘Saya Malas Layan MCA’ – Anthony Loke

13/07/2025
0

SEREMBAN - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook enggan melayan kenyataan MCA yang mendakwa DAP mengkhianati mandat pengundi Cina...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd