• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramai Cina Rasis Kutuk Anak Vincent Tan Bertunang

oleh
08/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AWAL bulan ini, kisah percintaan anak Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya, Chryseis Tan dan pewaris Kumpulan Naza, SM Faliq SM Nasimuddin menjadi bualan hangat ramai pengguna media sosial.

Kisah hubungan mereka ini menarik perhatian ramai kerana kedua-duanya berasal dari keluarga berprofil tinggi dan bukan itu saja, Chryseis, 29, juga merupakan anak kepada jutawan bertaraf bilionaire, Tan Sri Vincent Tan.

Berita pertunangan mereka susulan lamaran oleh SM Faliq, 31, di Marrakesh, Maghribi pada 30 Jun lalu sekali gus mengesahkan spekulasi pasangan itu bakal berkahwin; turut disambut baik dan dihujani dengan ucapan tahniah.

Faliq, anak bongsu Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin; yang merupakan Timbalan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Naza TTDI Sdn. Bhd., mengenali teman wanitanya itu sejak di bangku sekolah lagi.

Hubungan pasangan tersebut sememangnya diketahui ramai memandangkan Chryseis sendiri sering kali berkongsi gambar momen mereka ceria bercuti bersama di mana-mana menerusi akaun laman Instagramnya sebelum ini.

Bagaimanapun menurut laporan pelbagai portal tempatan, ada segelintir netizen Cina bersikap rasis apabila menyifatkan perkahwinan pasangan berbeza kaum itu sebagai sesuatu yang memalukan bangsa mereka sendiri.

Portal berita Moretify melaporkan, ada seperti tidak bersetuju dengan perkahwinan tersebut kerana ia melibatkan perbezaan agama apatah lagi Chryseis perlu memeluk agama Islam sebagai mana lazim dilakukan semua mualaf.

Kebiadaban netizen itu pada asalnya bermula dengan komen celupar mengenai songkok murah dikenakan Faliq yang ditohmah mereka sebagai jelik sebelum meleret pula kepada isu sensitif menyentuh aspek agama Islam sendiri.

Namun ada juga netizen lain tetap beranggapan bahawa mereka yang tidak bersetuju dengan perkahwinan tersebut adalah kelompok ketinggalan zaman kerana isu perkahwinan berlainan bangsa bukan sesuatu baharu di dunia.

“Kalau ramai tidak boleh terima sesuatu seperti ini, apatah lagi perkahwinan yang sama jantina? Memalukan jika masih ada lagi yang mengutuk gadis tersebut kerana berani untuk buat pilihan luar daripada kebiasaan.”

Komen tersebut yang ditulis oleh seorang netizen dikenali sebagai ‘Teck Hee’ dan bertugas di London, Britain itu turut mengejutkan pelbagai pihak khasnya yang sengaja memainkan isu perkahwinan dengan sentimen rasis.

Hakikatnya kritikan kurang ajar dilemparkan netizen terhadap Faliq dan Chryseis bukan sahaja tidak matang, malah menunjukkan mereka cemburu dengan ketentuan jodoh individu berprofil tinggi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Nazavincent tan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

6 Sekeluarga Nyaris Maut Kondominium Terbakar

Next Post

Guru Ditahan Terlibat Penyalahgunaan Dadah

Related Posts

Bekas MB Terengganu Nafi Jual Tanah Kerajaan Kepada Vincent Tan

28/03/2022
0

CHUKAI : Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menafikan tuduhan beliau menyerahkan tanah milk kerajaan di Pulau Redang...

Mengapa Tuduhan Kepada Anak Vincent Tan Dikurangkan?

21/02/2022
0

Semalam saya tanya Tun Mahathir berkenaan komen beliau berhubung isu hangat mengenai kes anak taikun yang disyaki menanam berpuluh pokok...

Next Post

Guru Ditahan Terlibat Penyalahgunaan Dadah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd