• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rabies: Jangan Pandang Ringan Jika Digigit Kucing

oleh Ahmad Albab
18/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Orang ramai dinasihati supaya tidak memandang ringan sekiranya mereka digigit atau dicakar kucing kerana ia mempunyai risiko jangkitan penyakit anjing gila atau rabies.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) negeri Dr Fuziah Muhayat berkata risiko jangkitan penyakit itu bukan hanya melibatkan anjing.

“Bukan hanya kalau digigit anjing, orang ramai juga harus segera ke pusat kesihatan terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan jika digigit atau dicakar kucing kerana berkemungkinan risiko jangkitan rabies berlaku,” katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp.

Selasa lalu, seorang suri rumah digigit kucing peliharaannya di Kampung Menteri, Kuala Sepetang di sini, namun pemeriksaan mendapati tiada tanda klinikal pada kucing tersebut dan tindakan kuarantin serta pemerhatian klinikal dilakukan ke atas haiwan itu sehingga tempoh 14 hari.

Sementara itu, pemilik kucing tersebut Norhayati Abdul Hamid, 41, tidak menyangka sama sekali haiwan peliharaannya itu akan menggigitnya.

Norhayati berkata kejadian berlaku kira-kira 11 pagi ketika dia sedang menyiang ikan belanak di rumahnya sebelum tiba-tiba kucing peliharaannya menggigit jari kanannya.

“Saya ingat gigitan ini tidak memudaratkan sehingga kakitangan DVS mengarahkan saya mendapat rawatan kerana sekarang ini wabak penyakit anjing gila di sini,” katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Norhayati yang merupakan suri rumah berkata beliau telah mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan di sini Ahad lalu dan kejadian digigit kucing itu adalah yang pertama kali berlaku ke atasnya.

“Jabatan itu juga menasihatkan saya supaya tidak membiarkan ahli keluarga berkeliaran di luar rumah kerana bimbang dengan anjing liar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Menteri Mohamad Nor Mohamad Razali, 53, berkata tindakan segera hendaklah diambil untuk mengelak anjing liar berkeliaran sehingga membahayakan keselamatan orang ramai.

Saya harap penduduk di sini berhati-hati serta mengelak daripada menjadi mangsa gigitan anjing liar,” katanya sambil menambah satu program penerangan mengenai rabies akan diadakan di Masjid Kuala Sepetang malam ini.

Tinjauan Bernama mendapati kakitangan DVS Perak giat menjalankan kerja bancian haiwan peliharaan dan memvaksin anjing di sekitar pekan Kuala Sepetang seawal 8 pagi tadi.

Ia berikutan seekor anjing mati pada 12 Julai lalu, sembilan hari selepas menggigit dua kanak-kanak perempuan masing-masing berumur 11 dan 12 tahun di Kuala Sepetang. – BERNAMA

Tags: Kes Rabies
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Kes Rabies Baharu Di Kalangan Manusia Di Sarawak

09/12/2018
0

KUCHING - Terdapat dua kes baharu disyaki rabies di kalangan manusia di Sarawak, satu daripadanya melibatkan kematian seorang lelaki berumur...

Sarawak Rekod Satu Kes Baharu Rabies

28/11/2018
0

KUCHING - Sarawak merekodkan satu lagi kes rabies dalam kalangan manusia apabila seorang lelaki disahkan dijangkiti penyakit itu semalam, menjadikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd