• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Qobin Bakal Ski Antartika Lengkap Misi 7 Benua

oleh
22/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) hari ini mengumumkan Pelancaran Projek Negara – Malaysia Explorers Grand Slam 2017 yang bakal dilaksanakan pada 19 Disember ini.

Ekspedisi secara ski sejauh 120 kilometer dan dijangka mengambil masa selama tujuh hari itu akan dilaksanakan oleh Penjelajah Negara, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau lebih mesra dikenali sebagai Qobin.

Program Grand Slam itu juga akan memahat nama rakyat Malaysia di persada antarabangsa apabila Qobin bakal diiktiraf menjadi rakyat Malaysia yang pertama berjaya menamatkan misi ekspedisi ekstrem di seluruh dunia.

Ini kerana beliau sekali gus melengkapkan cabaran penjelajahan di pelbagai negara bermula dengan misi Tujuh Puncak Tujuh Benua (2010), Berski Di Kutub Utara (April 2017) dan Berski Di Kutub Selatan (Disember 2017).

Penasihat KE7B, Datuk Akmar Hisham Mohd. Yusof pada sidang akhbar sempena rumah terbuka Aidilfitri kelab itu berkata, untuk menerima status elit ini, seseorang perlu selesai menakluk tujuh puncak tertinggi di tujuh benua.

“Ia termasuk Gunung Everest di samping berjaya menakluk titik 0 darjah di Kutub Utara dan Kutub Selatan. Difahamkan, setakat ini hanya ada kira-kira 60 orang sahaja di seluruh dunia yang berjaya mencapai tahap ini.

“Insya Allah, ekspedisi ini akan berlangsung pada hujung tahun nanti dan ia juga bakal menjadi hadiah terbesar untuk kelab kami sendiri yang genap penubuhannya berusia 10 tahun pada bulan ini,” jelas Akmar Hisham.

Misi Grand Slam Kutub Selatan oleh Qobin akan berlepas dari Union Glacier, Antartika dengan menaiki Helikopter menuju ke titik satu darjah selatan dan akan memulakan ekspedisi berski ke titik sifar darjah Kutub Selatan.

Qobin yang juga merupakan Presiden KE7B dijangka perlu berski dalam suhu ekstrem bersama-sama dengan sekumpulan penjelajah antarabangsa lain dan turut menyertai ekspedisi pelbagai negara tersebut pada kali ini.

Untuk rekod, ekspedisi ini juga ialah projek antarabangsa kali kesembilan dijayakan oleh KE7B sejak 2009. Antaranya Ekspedisi Berbasikal dan Bermotosikal di 23 Buah Negara serta Misi Tujuh Puncak Tujuh Benua Dunia.

Projek lain ialah Misi Renang Selat Inggeris, Misi Everest Felda 2013, Ekspedisi Merentas Greenland, Ekspedisi Kutub Utara dan Ekspedisi Kutub Selatan. KE7B setakat ini berjaya melahirkan 23 ikon sukan ekstrem sejak 2009.

Pada 20 April, tiga peserta KE7B melakar sejarah menamatkan misi 0 darjah Utara hanya dalam tempoh enam hari iaitu lima hari awal dan kebetulan ketika hari ulang tahun kelahiran Qobin ke-35. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: KE7BQobin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

AS Puji Kejayaan Qobin Raih Gelaran Grand Slam

21/01/2018
0

KUALA LUMPUR - Pencapaian penjelajah negara Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin, atau lebih dikenali sebagai Qobin yang menjadi Penjelajah Grand Slam pertama...

Qobin, Penjelajah Dari Setinggan Ke Grand Slam

10/01/2018
0

KUALA LUMPUR – Dari setinggan ke 'Grand Slam'. Siapa sangka, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin yang dahulunya penghuni di kawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd