• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Qatar Airways Umum Tawarkan Laluan Baharu

oleh Ahmad Albab
04/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DOHA – Syarikat penerbangan Qatar Airways mengumumkan akan memulakan penerbangan ke Sohar di Oman dan Prague di Hungary bermula bulan depan.

Ia menawarkan laluan baharu sejak krisis politik serantau yang memaksanya menghentikan penerbangan ke 18 negara Asia Barat, bulan lalu.

Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir memutuskan hubungan laluan darat, laut dan udara dengan Qatar pada Jun lalu dalam krisis diplomatik terburuk di rantau berkenaan.

Qatar Airways sebelum ini berkata, ia akan turut mempercepatkan rancangan memperluaskan perkhidmatan di tempat lain, ketika mengumumkan penerbangan tiga kali seminggu ke Sohar, utara Oman mulai 8 Ogos dan setiap minggu ke ibu negara Republik Czech mulai 21 Ogos.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif Qatar Airways, Akbar al-Baker berkata, pelancaran laluan ke Sohar dan Prague dipercepatkan.

Beliau sebelum ini berkata, Qatar Airways akan beroperasi seperti biasa walaupun terjejas akibat krisis diplomatik rantau itu sambil mengesahkan kewangan syarikat turut menerima kesan. – Reuters/BH ONLINE

Tags: Qatar Airways
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Qatar Airways Beri 10,000 Tiket Percuma Untuk ‘Frontliners’

12/05/2020
0

DOHA - Qatar Airways menawarkan 100,000 tiket percuma kepada profesional penjagaan kesihatan di seluruh dunia sebagai menghargai jasa dan pengorbanan...

Malaysia Airlines Boleh Pelajari Pengalaman Qatar Airways

18/10/2019
0

LANGKAWI - Malaysia Airlines Bhd. (MAB) mempunyai peluang luas untuk berubah namun terpaksa melaksanakan beberapa langkah getir bagi memulihkan keadaannya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd