• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PTPTN Gesa Ibu Bapa Manfaat Geran Khas RM25 Juta

oleh AK-47
13/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menggesa ibu bapa yang mempunyai anak tahun satu membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) dan SSPN-1 Plus bagi merebut manfaat geran khas RM25 juta yang diperuntukkan sehingga akhir tahun ini.

Pengerusinya Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata di bawah insentif itu, penyimpan dalam kedua-dua skim akan menerima tambahan simpanan sebanyak RM50 secara percuma.

“Setakat ini kita tidak ada lagi keputusan baharu. Kita hanya sediakan geran RM25 juta sehingga akhir tahun ini sahaja. Jadi kita tidak ada apa-apa keputusan untuk melanjutkan dan berharap jumlah itu dapat dihabiskan tahun ini,” katanya pada sidang media sempena Majlis Mesra Bersama Pelanggan dan Pelancaran Cabutan Wow! 20 tahun PTPTN, di sini hari ini.

Insentif itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2017 pada Oktober tahun lalu.

Mengulas lanjut, Shamsul Anuar berkata dianggarkan terdapat kira-kira 500,000 murid tahun satu di seluruh negara tahun ini dan ibu bapa mereka hanya perlu mendepositkan RM50 bagi melayakkan mereka menerima simpanan tambahan itu.

Sehingga 30 Jun lalu, kira-kira 3.7 peratus daripada murid tahun satu menerima simpanan tambahan percuma tersebut, katanya.

Dalam pada itu, Shamsul Anuar berkata sejak diperkenalkan sehingga 30 Jun lalu, sebanyak 2.87 juta akaun dibuka bagi kedua-dua skim terbabit dengan jumlah deposit lebih RM2.78 bilion.

Terdahulu, Shamsul Anuar melancarkan Cabutan Wow! 20 Tahun PTPTN bagi semua pendeposit SSPN-i dan SSPN-i Plus yang membuat pembukaan atau penambahan akaun.

Cabutan itu merangkumi cabutan bulanan dan cabutan istimewa dengan menawarkan lebih 2,500 hadiah bernilai RM500,000 yang diadakan sempena ulang tahun ke-20 penubuhan PTPTN pada 1997.

Sementara itu, dalam usaha meningkatkan jumlah penabungan dalam SSPN-i Plus, Shamsul Anuar berkata PTPTN memperkenalkan program Sahabat Niaga bagi menggalakkan penyertaan dalam kalangan agensi atau persatuan.

“Melalui usaha ini, agensi atau persatuan yang mempromosikan simpanan SSPN-i Plus akan mendapat sebanyak 30 peratus komisen, masing-masing 25 peratus untuk setiap ahli dan lima peratus lagi untuk agensi itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Shamsul Anuar NasarahPTPTN
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengakuan Ikhlas Gay Yang Ingin Berubah…

Next Post

Malaysia Kekal Destinasi Pelaburan Menarik

Related Posts

LKAN: Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Cecah RM10.85 Bilion

LKAN: Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Cecah RM10.85 Bilion

24/02/2025
0

SHAH ALAM - Tunggakan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjumlah RM10.853 bilion melibatkan 1.2 juta peminjam...

PTPTN Bantu Penuntut UMK Realisasi Harapan

PTPTN Bantu Penuntut UMK Realisasi Harapan

24/10/2024
0

SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui Program Ziarah Kasih telah merealisasikan harapan seorang bakal penuntut dari...

Next Post

Malaysia Kekal Destinasi Pelaburan Menarik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd