• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14: Johor Hampir Pasti Diperintah DAP?

oleh AK-47
12/07/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Rakyat Johor telah bersedia untuk menumbangkan parti terbesar kaum Melayu UMNO dan diperintah DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong mendedahkan, rakyat Johor telah bersedia menumbangkan UMNO kerana mereka telah berubah dan mahukan demokrasi.

Sehubungan itu, beliau mengesahkan kenyataan Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bahawa DAP menyasarkan Johor dalam PRU14.

“DAP tahu pengundi di Johor mementingkan demokrasi dan mereka telah bersedia untuk berubah.

“Johor adalah negeri utama yang diharapkan oleh pakatan pembangkang untuk menerapkan demokrasi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

DAP merupakan sebuah parti liberal dan sekular yang mengetuai pakatan pembangkang yant dikenali sebagai Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Chin Tong berkata, kerusi Parlimen yang hampir pasti dirampas pakatan pembangkang dalam PRU14 adalah Labis, Segamat, Ledang, Muar, Pasir Gudang, Pulai, Tebrau, Johor Bahru dan Pagoh.

Malah, kata beliau, semakin ramai kaum Melayu di Simpang Renggam, Tanjong Piai dan Ayer Hitam kini menyokong pakatan pembangkang.

Justeru, katanya, DAP tidak perlu memindahkan penyokongnnya ke Johor untuk menang PRU14.

“Pembangkang akan melakukan yang terbaik untuk menang di Johor secara adil,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPPRU14
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pesawat Mendarat Cemas Akibat Amuk 3 Penumpang

Next Post

Lori Minyak Meletup, 1 Terkorban, 4 Kereta Musnah

Related Posts

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

05/02/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta...

Next Post

Lori Minyak Meletup, 1 Terkorban, 4 Kereta Musnah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd