• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Proses Pemulihan Dusun Libatkan 1,857 Hektar Tanah

oleh AK-47
21/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERANG – Sejumlah 1,857 daripada 12,090 hektar tanaman buah-buahan di Kedah melalui proses pemulihan dusun menerusi Program Pemilihan Buah-buahan yang membabitkan sebanyak 2,260 petani dalam usaha membantu meningkatkan hasil dan kualiti pengeluaran buah-buahan.

Pengarah Jabatan Pertanian Kedah Mohamed Bukhori Abdul Rahman berkata menerusi fasa pertama program itu dari 2014 hingga tahun lepas, sebanyak 776 hektar dusun membabitkan seramai 781 petani telah melalui proses itu dengan peruntukan sebanyak RM4.4 juta.

Selain itu, bagi fasa kedua dari tahun lepas hingga tahun ini pula, seramai 1,479 petani telah menyertai program itu membabitkan 1,081 hektar dengan peruntukan lebih RM1.2 juta.

“Melalui program ini, pemulihan bagi meningkatkan kualiti buah dengan cara menabur baja selain proses pemangkasan pada pokok buah-buahan seperti durian, rambutan dan manggis akan dibuat.

“Contohnya, mata tunas daripada pokok rambutan jenis ‘Anak Sekolah’ dan ‘Deli Baling’ akan dicantumkan di pokok yang sudah tua bagi mendapatkan hasil yang cepat dan berkualiti,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Jalinan Mesra Pelaksana dan Petani di Kampung Tanjung Putus di sini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Kebajikan Masyarakat negeri Datuk Suraya Yaacob.

Mohamed Bukhori berkata program yang turut mendapat kerjasama agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu juga melibatkan usaha membaik pulih tanaman yang sedia ada.

Beliau berkata proses yang dikenali sebagai proses ‘Meremajakan Semula Pokok’ itu dapat membantu mempercepatkan pengeluaran bunga dan penghasilan buah dengan hanya mengambil masa hampir dua tahun berbanding penanaman baharu iaitu selama lima tahun.

Dalam pada itu, Suraya berkata pengusaha dusun perlu bekerjasama dan membuat rujukan dengan Jabatan Pertanian bagi memastikan hasil pengeluaran buah-buahan yang konsisten.

“Sejak peringkat awal lagi pengusaha kena datang minta pandangan mereka (Jabatan Pertanian) bagaimana hendak menjaga tanaman, jangan bila dah tanaman tak menjadi baru nak minta tolong mereka. Pengusaha juga boleh mengguna pakai teknologi yang telah diusahakan oleh pihak mereka.

“Pemulihan dusun ini tidak boleh berlaku sekelip mata jadi pengusaha perlu mengamalkan cara pertanian yang baik dengan sentiasa memastikan tanaman dibubuh baja, diberi air dan cahaya yang cukup untuk proses penghasilan bunga dan buah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mohamed Bukhori Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd