• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tumpas ‘Geng Kelvin’, 7 Suspek Ditahan

oleh AK-47
11/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Polis Kota Kinabalu menumpaskan ‘Geng Kelvin’ yang aktif dalam kegiatan pecah rumah dan curi kenderaan di sekitar daerah ini selepas tertangkapnya tujuh suspek pada 4 Julai lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata dengan penahanan suspek warga tempatan yang terdiri daripada empat lelaki dan tiga wanita itu, polis percaya telah menyelesaikan 19 kes pecah rumah dan curi kenderaan dengan anggaran kerugian kira-kira RM800,000.

Beliau berkata bertindak atas maklumat, polis Kota Kinabalu telah menangkap kesemua suspek berusia antara 21 hingga 40 tahun di dua rumah berasingan dan satu tempat bebas di sekitar Taman Nelly Kolombong, Inanam, dekat sini, dalam operasi yang dijalankan dari jam 2.30 pagi hingga 11.52 malam.

“Dalam serbuan itu, polis merampas barangan curi dianggarkan bernilai RM300,000,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

“Antaranya wang tunai, jam tangan pelbagai jenama, barang kemas, telefon bimbit, laptop, televisyen, dua kenderaan curi yang menggunakan nombor pendaftaran palsu serta dua kenderaan sewa yang digunakan suspek untuk melakukan jenayah.”

Ramli berkata daripada tujuh suspek itu, enam mempunyai rekod jenayah lampau dan lima didapati positif dadah jenis syabu.

Beliau berkata modus operandi kumpulan ini ialah mengintai premis yang tidak berpenghuni (untuk disewa) selain menyewa kenderaan sebelum melakukan jenayah pecah rumah di premis yang telah dikenal pasti dan kebiasaannya menggunakan nama suspek wanita terbabit untuk membuat sewaan.

Menurutnya, kumpulan yang aktif sejak Februari itu berkemahiran membuka mangga berkunci, mematikan sistem penggera kenderaan dan membuat cukai jalan palsu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan (Pencerobohan Rumah) dan Seksyen 397A Kanun Keseksaan (Mencuri Kenderaan) selain Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi kesalahan membabitkan dadah, katanya.

Dalam pada itu, Ramli berkata, selain ‘Geng Kelvin’, polis juga telah menumpaskan dua kumpulan penjenayah yang melakukan kes sama, sehingga Julai ini.

“Dengan tertumpasnya ketiga-tiga geng ini, diharapkan kes jenayah pecah rumah dan curi kenderaan akan dapat dikurangkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Ramli DinGeng Kelvin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

4 Universiti Mampu Berada 200 Terbaik Dunia

Next Post

18 Maut Minum Arak Buatan Sendiri

Related Posts

Pasukan Keselamatan Tembak Mati 4 Lelaki

08/05/2018
0

LAHAD DATU - Pasukan keselamatan di Lahad Datu menembak mati empat lelaki dipercayai daripada kumpulan penculikan untuk wang tebusan (KFR)...

Indeks Jenayah Sabah Bagi Januari-April Menurun

08/05/2018
0

TAWAU - Indeks Jenayah Sabah dari tempoh Januari hingga April tahun ini menurun kepada 1,759 kes berbanding 1,988 kes bagi...

Next Post

18 Maut Minum Arak Buatan Sendiri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd