• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Puas Hati MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang

oleh Ahmad Albab
14/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menzahirkran rasa puas hati terhadap kelancaran perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK).

Perdana menteri berkata beliau dan keluarga berkesempatan meninjau dan mencuba sendiri tren fasa kedua MRT yang akan beroperasi sepenuhnya mulai 17 Julai depan, petang semalam.

“Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan infrastruktur bertaraf dunia jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang ini yang dibangunkan, diusahakan oleh ribuan anak tempatan sejak tahun 2010.

“Kepada semua yang terlibat, berbanggalah dengan pencapaian anda, imbas kembali segala pengorbanan tenaga, masa beristirahat bersama keluarga dan sahabat handai.

“Inilah hasil keringat dan air mata anda! Saya sendiri amat bangga dengan anda semua,” kata perdana menteri menerusi catatan di laman rasmi najibrazak.com, hari ini.

Najib berkata dalam tinjauan berkenaan beliau turut ditemani rakan-rakan dalam talian beliau yang teruja untuk merasai pengalaman menaiki tren yang melalui beberapa stesen bawah tanah.

Menurutnya, kelancaran perkhidmatan MRT menidakkan dakwaan penduduk terutama di kawasan bandar bahawa projek MRT yang bermula sejak 2010 ini akan menjejaskan kawasan setempat.

“Ternyata perkara ini tidak benar sama sekali apabila kini ramai rakyat kita yang menerima manfaat kesalinghubungan yang lebih holistik,” katanya.

Najib turut menegaskan bahawa visi beliau adalah untuk melihat sistem pengangkutan moden yang bukan sahaja boleh menghubungkan seluruh kawasan Lembah Klang, Kuala Lumpur dan Putrajaya tetapi juga sebuah sistem yang boleh digantung harap tahap efisiennya.

“Tahukah anda, tren kita mempunyai kadar frekuensi yang tinggi iaitu kira-kira 3.3 minit pada waktu puncak untuk setiap tren dan berupaya menampung kapasiti 1,200 orang pada satu masa?” katanya.

Sementara itu Najib turut berkongsi pengalaman dengan keunikan stesen-stesen bawah tanah MRT yang dilengkapi identiti tersendiri serta perkhidmatan bas perantara yang menghubungkan stesen MRT dengan kawasan sekitar yang selesa pada kadar RM1 sahaja.

“Wahai rakyat Malaysia, 17 Julai ini, sama-samalah kita raikan satu lagi detik bermakna buat Negaraku, tanah airku. #JomNaikMRT,” kata perdana menteri. – BERNAMA

Tags: MRTNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

JAG Bantah Pendakwaan Ke Atas Siti Kasim

Next Post

MH17: Waris Berhimpun Bagi Upacara Peringatan

Related Posts

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Khabar gembira untuk rakyat Malaysia khususnya warga kota apabila mereka boleh menikmati tambang percuma bagi Transit Aliran...

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Warga kota kini boleh menikmati perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya fasa 2 yang mula dibuka...

Next Post

MH17: Waris Berhimpun Bagi Upacara Peringatan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd