• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pinda Akta Bantuan Guaman Bantu Mangsa Seksual

oleh AK-47
21/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pindaan Akta Bantuan Guaman 1971 yang antara lain bertujuan memastikan kanak-kanak yang menjadi mangsa keganasan seksual mendapat khidmat nasihat guaman akan dibentang pada sesi Parlimen akan datang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata pindaan berkenaan membolehkan mangsa dan anggota keluarga mereka mendapatkan khidmat nasihat undang-undang daripada pegawai undang-undang di bawah Jabatan Bantuan Guaman serta peguam luar yang mendapat kelulusan jabatan berkenaan.

“(Pindaan ini) akan mewujudkan ‘Pendamping Guaman’ di mana pegawai undang- undang di jabatan itu boleh beri khidmat nasihat guaman kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan seksual di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

“Kita berharap pendamping guaman ini dapat membantu memberi khidmat nasihat terutama bagi mereka yang menjadi mangsa dan perlukan bantuan guaman. Tetapi ini bukan melibatkan proses dalam mahkamah, sebaliknya untuk berikan bantuan dari segi proses pengenalan dan menerangkan undang undang,” katanya kepada pemberita sewaktu majlis Makan Tengah Hari Bersama Editor Kanan Berita di sini hari ini.

Beliau berkata cadangan pindaan berkenaan sebagai kesinambungan kepada usaha kerajaan memperkenalkan Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-kanak.

Azalina menjelaskan amat penting bagi kanak-kanak yang menjadi mangsa keganasan seksual serta keluarga mereka mendapat penerangan yang secukupnya mengenai proses pengadilan kes berkaitan.

“Pendamping guaman ini bukan peguam pemerhati, kerana peguam pemerhati perlukan kebenaran daripada mahkamah, dan ia juga bukan peguam berdaftar yang mewakili pihak-pihak dalam kes tersebut. Tetapi daripada mula mangsa berada di balai polis untuk membuat laporan, dia boleh minta bantuan pendamping guaman untuk temani dia.

“Sekurang-kurangnya, beban mangsa dan keluarga boleh berkurangan sebab ada pihak yang boleh terangkan apa yang berlaku, apa sedang berlaku dan akan berlaku sepanjang proses pengadilan kes tersebut,” katanya.

Azalina berkata pindaan berkenaan juga bagi menyelaras kelayakan individu yang boleh mendapatkan bantuan dari Biro Bantuan Guaman.

Buat masa kini, kelayakannya ialah mempunyai sumber kewangan tidak melebihi RM25,000 setahun bagi kategori pertama, dan sumber kewangan tidak melebihi RM30,000 bagi kategori kedua dengan fi pendaftaran yang ditetapkan ialah RM2.

“Kita juga akan membuat pindaan pada kelayakan sekarang supaya ia dapat dikategorikan selaras dengan mereka yang mendapat bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan E-Kasih,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Azalina Othman Said
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Dapati Mohd Nazlan Langgar Kod Etika Hakim – Azalina

SPRM Dapati Mohd Nazlan Langgar Kod Etika Hakim – Azalina

06/04/2023
0

SHAH ALAM - Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali didapati melanggar Kod Etika Hakim dan mempunyai konflik kepentingan...

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

29/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 bagi menambah baik dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd