• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permudahkan Pendaftaran Pusat Tahfiz

oleh AK-47
30/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) diminta mempermudahkan urusan pendaftaran pusat tahfiz dan sekolah agama persendirian bagi membolehkan institusi berkenaan turut menerima bantuan kerajaan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata masih terdapat pusat tahfiz dan sekolah agama persendirian di negeri ini yang masih belum mendaftar, sekali gus menyukarkan proses pemberian bantuan dibuat kepada mereka.

“Kita menggalakkan supaya pusat-pusat ini daftarlah segera, tambahan pula banyak bantuan baik daripada kerajaan negeri mahu pun kerajaan pusat dan baru-baru ini Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) memberi peruntukan untuk diagih-agihkan di semua pusat tahfiz yang berdaftar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis penyampaian bantuan perkapita dan dermasiswa Majlis Agama Islam Negeri Sembilan 2017, di sini, hari ini. Turut hadir Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad dan Pengarah JHEAINS Datuk Selamat Paigo.

Pada majlis itu, sebanyak 148 buah sekolah aliran agama di seluruh negeri ini menerima bantuan perkapita Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) membabitkan nilai keseluruhan berjumlah RM1.3 juta.

Selain itu, 17 orang pelajar yang menerima pendidikan di Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan pula terpilih menerima bantuan dermasiswa membabitkan jumlah sebanyak RM 645,000. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamad Hasan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Duta Besar Palestin Ucap Terima Kepada Kerajaan Dan Rakyat Malaysia – Tok Mat

Duta Besar Palestin Ucap Terima Kepada Kerajaan Dan Rakyat Malaysia – Tok Mat

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menerima kunjungan hormat Duta Besar Palestin ke Malaysia yang baharu, Jehad...

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

29/03/2026
0

RANTAU – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir memuji kemeriahan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Luar, Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd